Di atas inisiatif strategik dalam aspek cakna kesihatan ramai maka Pusat Kesihatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Rakan Klinik baru-baru ini bertempat di Pusat Kesihatan UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal.

Sebahagian pelajar yang terut serta dalam Kursus Latihan Asas Rakan Klinik.
Sebahagian pelajar yang terut serta dalam Kursus Latihan Asas Rakan Klinik.

Seramai 10 orang fasilitator dari Pusat Kesihatan UTeM dan 38 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UTeM dari pelbagai fakulti telah menghadiri Kursus Latihan Asas Rakan Klinik tersebut bagi mempelajari ilmu-ilmu kesihatan yang membolehkan mereka menjadi rakan klinik UTeM untuk memberi bantuan asas jika berlaku sebarang kes kecemasan.

Kursus Latihan Asas Rakan Klinik tersebut telah terbahagi kepada dua komponen iaitu komponen teori dan komponen praktikal yang mana komponen teori dijalankan dengan cara para peserta diberikan pendedahan oleh kakitangan pusat kesihatan bagi mengenali skop tugas yang akan dijalankan.

Manakala komponen praktikal pula dijalankan dengan kaedah para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil supaya pembelajaran bagi komponen praktikal ini berjalan dengan lancar dan teliti dengan penumpuan yang lebih jelas dan terang.

Menurut Pengarah Pusat Kesihatan UTeM, Dr. Mohamad Fuzi Saidin sewaktu ditemui mengulas bahawa terdapat 6 sesi teori dan praktikal yang disesuaikan bagi dipraktikkan semasa  latihan dilaksanakan iaitu pengurusan kaunter pendaftaran, pengurusan wad, linen dan dobi serta pengirisan sucihama.

Komponen teori disampaikan oleh Pengarah Pusat Kesihatan UTeM, Dr. Mohamad Fuzi Saidin.
Komponen teori disampaikan oleh Pengarah Pusat Kesihatan UTeM, Dr. Mohamad Fuzi Saidin.

Ulas beliau lagi, terdapat juga komponen pengurusan sisa klinikal, pengurusan kes kecemasan dan first aid dan pengurusan farmasi ditekankan sewaktu Kursus Latihan Asas Rakan Klinik tersebut.

Para pelajar yang menghadiri kursus ini akan dilatih sehingga mahir seterusnya diambil sebagai pekerja sambilan sebagai menyokong inisiatif UTeM untuk membantu pelajar dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menggalakkan keterlibatan pelajar bersama UTeM di samping memperolehi sumber pendapatan sampingan untuk meringankan beban mereka bagi menampung keperluan dan kos kehidupan.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

027689473