Bagi mendalami dan menjiwai aspek integriti dan profesionalisme maka siswa Kelab  Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah membuat lawatan rasmi ke Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program lawatan ini Nor Fatihaton Nadiah Saidin berkata, antara objektif utama adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa UTeM tentang peranan penting INTEGRITI bagi menyebarkan pengetahuan integriti kepada mahasiswa di seluruh negara.

Kelab  Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah membuat lawatan rasmi ke Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) baru-baru ini.
Kelab Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah membuat lawatan rasmi ke Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) baru-baru ini.

Tambah beliau, dapatan daripada lawatan ini juga merangsang mahasiswa untuk lebih cakna perihal pentingnya integriti kepada masyarakat termasuk kepada mahasiswa sendiri.

“INTEGRITI sangat menitikberatkan nilai-nilai integriti dalam diri mahasiswa justeru organisasi ini sentiasa menyokong program-program yang dianjurkan oleh kelab SRIM UTeM dan juga dari universiti-universiti awam lain di Malaysia”, ujar beliau.

Katanya lagi, kelab SRIM UTeM juga menggalas tanggungjawab yang besar dalam mengembangkan pengetahuan integriti dalam diri mahasiswa menerusi penyebaran dari INTEGRITI.

Sementara itu Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTeM Azly Hisham Haron berkata, lawatan ini telah memberikan impak besar kepada mahasiswa UTeM untuk lebih memahami integriti seiring dengan usaha penerapan dan pemupukan minda kelas pertama dalam kalangan siswa.

Mengulas lanjut beliau berkata, lawatan ke INTEGRITI ini secara menyeluruhnya juga telah memperkenalkan ahli SRIM UTeM kepada penaung kelab SRIM iaitu Institut Integriti Malaysia sekaligus mampu menerapkan nilai-nilai integriti dalam diri ahli kelab SRIM dengan lebih berkesan.”

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: