Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Sriwijaya (UNSRI) Indonesia baru- baru ini bertempat di Bangunan Canselori Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Naib Canselor UTeM dan Rektor UNSRI menandatangani MoU.
Naib Canselor UTeM dan Rektor UNSRI menandatangani MoU.
Pertukaran dokumen MoU dijalankan tanda persetujuan bersama.
Pertukaran dokumen MoU dijalankan tanda persetujuan bersama.


MoU yang ditandatangai bukan hanya meningkatkan kolaborasi dan jaringan strategik dengan university ternama, namun MoU tersebut juga adalah untuk menunjangi peranan dalam menerajui kepakaran melalui bidang Kejuruteraan Komputer dan Telekomunikasi terutamanya dalam domain Internet-of-Things (IoT) dan Big Data.

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib, berkata MoU yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak akan membuka peluang kerjasama dari pelbagai bentuk dan kaedah pembelajaran serta penyelidikan melalui perkongsian bahan dan kaedah pengajaran yang saintifik.

Tambah beliau lagi, UTeM kini telah menandatangani MoU bersama beberapa institusi pengajian tinggi dari Indonesia seperti Universiti Dian Nuswantoro (UDINUS), Informatics and Business Institute, Darmajaya, Indonesia dan Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia untuk meningkatkan kolaborasi dan jaringan strategik terutama dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat.

"Antara perkara yang dibincangkan menerusi MoU tersebut adalah penglibatan bersama dalam perancangan dan pembangunan aktiviti inovasi dalam penyelidikan melalui perkongsian permohonan geran dan latihan khusus, perkongsian kepakaran melalui kerjasama penyelidikan, konsultasi dan perkhidmatan komuniti", ujar beliau lagi.

Kedua-dua universiti turut bersetuju bagi merealisasikan program mobiliti bagi staf akademik, pelajar siswazah dan pascasiswazah dalam konteks pembangunan kursus akademik yang menjurus kepada penyelesaian masalah berkaitan bidang sains komputer, kejuruteraan komputer, kejuruteraan telekomunikasi, komunikasi wayarles serta beberapa disiplin lain.

UNSRI merupakan sebuah universiti yang terkenal yang kemajuan dalam bidang ilmu, teknologi dan seni di samping aktif dalam menjalin kerjasama dengan pihak lain di peringkat dalam negara dan antarabangsa sehinggakan mereka menerima pengiktirafan akreditas pada tahap sangat baik dari Kementerian Riset Teknologi dan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia pada tahun 2016.

Pada MoU tersebut, seramai 16 orang delegasi UNSRI telah hadir diketuai oleh Rektor, Prof. Dr. Ir. Anis Saggaff, MSCE manakala delegasi UTeM pula terdiri oleh Naib Canselor bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor, Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti), Prof. Dr. Mohd Ridzuan Nordin, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap dan pegawai kanan yang lain.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026963717