Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengorak langkah dalam bidang penyelidikan, selari dengan keperluan industri dengan termeterainya Memorandum Perjanjian (MoA) dengan dua rakan industri iaitu syarikat Subitec Sdn. Bhd. dan Big Data Technology Pty Ltd.

Pihak UTeM dan juga wakil syarikat Big Data dan Subitec Sdn Bhd bergambar kenangan sejurus selepas pertukaran MoA masing-masing di Bangunan Canselori Kampus Induk UTeM Durian Tunggal baru-baru ini.
Pihak UTeM dan juga wakil syarikat Big Data dan Subitec Sdn Bhd bergambar kenangan sejurus selepas pertukaran MoA masing-masing di Bangunan Canselori Kampus Induk UTeM Durian Tunggal baru-baru ini.
Dr. Shahrin (2 dari kiri) bertukar MoA bersama dengan Pengarah Urusan Abidin Md Napis dari Subitec Sdn Bhd di Bangunan Canselori Kampus Induk Durian Tunggal baru-baru ini.
Dr. Shahrin (2 dari kiri) bertukar MoA bersama dengan Pengarah Urusan Abidin Md Napis dari Subitec Sdn Bhd di Bangunan Canselori Kampus Induk Durian Tunggal baru-baru ini.

Majlis MoA yang dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) ini diadakan di Bangunan Canselori Kampus Induk Durian Tunggal baru-baru ini secara tidak langsung membuktikan bahawa penyelidik-penyelidik UTeM semakin mendapat tempat dan menjadi pilihan pihak industri.

UTeM juga dilihat berkemampuan tinggi dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri, menjadi faktor utama yang mendorong pihak industri untuk terus memberi kepercayaan kepada mereka.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib, berkata memorandum perjanjian di antara pihak universiti dan industri ini amat signifikan bagi menggariskan halatuju yang jelas tentang bentuk penyelidikan yang akan dijalankan dalam membantu pihak industri mendepani cabaran industri yang berkaitan dengan revolusi industri 4.0.

Tambah beliau, MoA ini juga menjadi pemangkin dalam penerokaan ilmu baharu melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi yang dijalankan bersama dalam satu pasukan.

“Kerjasama ini juga dilihat memperluaskan jaringan penyelidikan awam-swasta seterusnya meningkatkan program penyelidikan dan inovasi yang berasaskan permintaan yang mana konsep jalinan strategik ini turut diamalkan di negara-negara maju yang lain”, ujar beliau lagi.

Majlis pemetraian MoA ini menyaksikan UTeM diwakili oleh Dr. Shahrin dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor manakala pihak Subitec oleh Pengarah Urusan Abidin Md Napis dan Pengurus Kewangan Marsilla Zainul Abidin dan syarikat Big Data pula diwakili Pengarah Urusannya Jimmy Khoo dan Pengarah John Hoon.

Pada majlis yang sama pihak UTeM turut menyampaikan insentif penerbitan jurnal 2017 kepada dua belas orang kakitangan akademik UTeM yang telah menyumbangkan secara aktif dalam penulisan jurnal dalam bidang masing-masing sekaligus menyemarakkan pendidikan tinggi negara.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026976762