Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berinisiatif dalam membantu sebagai urusetia menjayakan penganjuran pembangunan usahawan dalam kalangan penduduk desa negeri Melaka baru-baru ini.

Program dua hari tersebut telah diadakan bertempat di Balai Raya Sri Tanjung Masjid Tanah dan Sinar Syukrawie Enterprise Perusahaan Cendawan Gadek Alor Gajah.

Menurut Pengarah Program Afiq Othman yang merupakan ahli MPP UTeM pelajar tahun 3 jurusan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan(proses) Fakulti Teknologi Kejuteraan (FTK), berkata antara objektif program ini adalah untuk melahirkan usahawan dalam komuniti Kampung Sri Tanjung Masjid Tanah Melaka menerusi latihan dan bimbingan sehingga menjadi usahawan pertanian bagi mengkomersilkan tanaman cendawan tiram kelabu.

Tambah beliau, pada fasa pertama ini adalah dengan mengadakan kursus persediaan menjadi usahawan dan teknik tanaman cendawan tiram kelabu seterusnya diikuti dengan fasa pembinaan dua unit rumah cendawan yang akan dibina tidak lama lagi.

Pengarah Program Afiq Othman yang merupakan ahli MPP UTeM menunjukkan cendawan tiram kelabu yang digunakan sebagai produk oleh usahawan komuniti yang sedang dibangunkan.
Pengarah Program Afiq Othman yang merupakan ahli MPP UTeM menunjukkan cendawan tiram kelabu yang digunakan sebagai produk oleh usahawan komuniti yang sedang dibangunkan.

“Antara manfaat yang turut diperolehi daripada program ini apabila para peserta berpeluang melawat tempat proses menanam cendawan serta didedahkan proses dan teknik penanaman cendawan secara langsung malah mereka juga berkesempatan mencuba menanam cendawan serta melihat rumah cendawan yang sedia ada”, ujar beliau lagi.

Progam ini adalah merupakan kerjasama bersepadu antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UTeM.

Sebagai universiti awam teknikal paling berprestij di negara ini UTeM walaupun terus menyerlah dalam akademik dan inovasi penyelidikan namun ianya juga turut berperanan sebagai organisasi yang menelusuri komuniti bandar dan desa.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: