Lebih 50,000 orang pengunjung dijangka akan membanjiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) yang akan diadakan pada 3 dan 4 Februari 2018 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC).

Karnival ini merupakan program yang dinantikan oleh ramai pelajar sekolah dan juga pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi mendapatkan maklumat lanjut yang sahih dan terperinci bagi menyambung pengajian tinggi.

Menurut Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja KPTN 2018 Wahi Nordin, berkata penganjuran karnival pendidikan tinggi terbesar di negeri Melaka ini amat bertepatan dengan masa dan keperluan semasa oleh ramai pihak.

Tambah beliau, Inilah sesi dan medan kepada seluruh pelajar atau lepasan sekolah dan IPT di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor hadir beramai-ramai dan mendapatkan panduan dan hulu tuju destinasi pengajian tinggi selanjutnya.

“Seratus reruai disediakan bagi menempatkan agensi yang terdiri dari Kementerian Pendidikan Tinggi, Universiti Awam, Kolej Komuniti, Politeknik, agensi kerajaan yang berkait rapat dengan pendidikan dan Indtitusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dari seluruh negara”, ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, selain daripada pelajar, seluruh rakyat negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dari kalangan ibu bapa, guru-guru dan semua dijemput hadir bagi meraih 100 hadiah misteri cabutan bertuah untuk mana-mana pengunjung yang hadir bagi sesi tertentu.

Program yang telah dirancang dalam KPTN 2018 ini mampu untuk memberikan maklumat lengkap dan bimbingan kepada pengunjung mengenai permohonan terus menerusi upu online dan teknik untuk mendapatkan tempat pengajian dengan berkesan”.

Di samping itu UTeM selaku urusetia penganjuran KPTN 2018 turut merancang untuk menyajikan pelbagai keunikan dalam bentuk pengisian program 2 hari ini dengan taklimat universiti-universiti awam, ceramah motivasi, slot inovasi termasuklah sembang santai bersama dengan ikon Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: