Bagi mewujudkan budaya dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maka telah diadakan program kayak santai baru-baru ini.

Program yang dinamakan Santai Kayak Bersama Naib Canselor 2018 ini telah diadakan di Tasik Gemilang berdekatan dengan Pusat Aktiviti Kokurikulum Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Menurut Presiden PRAKTIS Ahmad Faizal Abdul Rahman, berkata antara objektif utama diadakan program sebegini adalah untuk meluangkan masa bersama dengan tunggak kempimpinan UTeM iaitu Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib dalam suasana santai dan riadah.

Tambah beliau, lapangan ini juga merupakan inisiatif bagi mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesasama ahli yang terdiri daripada kumpulan pegawai tadbir, jurutera, doktor, pustakawan, pegawai teknologi maklumat dan sebahagian daripada kumpulan bakat.

“Program ini juga dilihat berjaya memupuk semangat jiwa berpasukan sesama ahli dalam kalangan warga PRAKTIS yang terdiri daripada para pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari gred 41 hingga 54 di UTeM”, ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, PRAKTIS di samping memberi sumbangan hebat dalam aspek operasi strategik harian menerusi urusan pengurusan dan pentadbiran universiti berdasarkan skop tugasan masing-masing namun tetap mengutamakan kesihatan dan gaya hidup sihat.

Sementara itu Dr Shahrin turut mengulas, semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan ahli PRAKTIS dalam menjayakan aktiviti sebegini dilihat sebagai satu lonjakan yang positif.

“Dalam keadaan susana petang hujan turun membasahi Kampus Induk UTeM Durian Tunggal namun program yang telah dirancang ini tetap dijalankan dan ianya lebih mencabar dan tidak melunturkan semangat ahli PRAKTIS yang hadir”, ujar beliau lagi.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: