Bagi memastikan dokumen akreditasi yang mantap dihasilkan oleh ahli akademik dan pentadbiran yang menjalankan dan menguruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) maka Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan bengkel berkaitan baru-baru ini bertempat di Dewan Auditorium Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Dengan penyertaan yang menggalakan iaitu seramai lebih daripada seratus orang ahli akademik dan pentadbiran memperlihatkan akan kesungguhan warga UTeM bagi menyediakan Dokumen Akreditasi Kejuruteraan yang mencapai spesifikasi tinggi sekaligus meletakkan UTeM pada tahap P&P yang bertaraf tinggi di negara ini dalam menawarkan program kejuruteraan berprestij yang mana graduannya terus menjadi buruan industri.

Menurut Pengarah PPPA, Prof. Madya Dr. Muhammad Fahmi Miskon, berkata penekanan terhadap perkara-perkara yang penting dalam Manual 2017 bagi penyediaan Dokumen SAR-EAC yang mantap untuk tujuan akreditasi, bengkel ini menjelaskan kepada setiap staf akademik dan pentadbiran bagi kesemua fakulti kejuruteraan agar peka terhadap perubahan yang berlaku dalam Engineering Programme Accreditation Manual 2017.

Tambah beliau lagi, bengkel yang diadakan ini juga adalah merujuk kepada keputusan Lembaga Jurutera Malaysia telah meluluskan Manual Akreditasi Program Kejuruteraan EAC 2017 (Manual EAC 2017) dalam mesyuarat bertarikh 21 Ogos 2017 di mana mulai 1 September 2017, Manual EAC 2017 akan menjadi rujukan untuk semua program kejuruteraan.

Sehubungan dengan itu, semua program kejuruteraan sentiasa mematuhi keperluan baru sepenuhnya dalam tempoh satu tahun dan di antara tindakan yang dijalankan sehingga 31 Ogos 2018, sebarang jurang bagi semua program hendaklah dikenalpasti dan ditutup sebagai sebahagian daripada proses penambahbaikan kualiti berterusan.

Bengkel separuh hari tersebut telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman dan turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd. Manap, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Ir. Dr. Mohd Rizal Alkahari, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko, Prof. Madya Dr. Mohd Luqman Mohd Jamil, Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Dr. Suhaimi Misha, Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: