Aluan Pengarah

mokhtar

Cetak

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Alhamdulillah, laman web rasmi PPSKR ini dibangunkan untuk memberi maklumat serta informasi terkini kepada pengunjung berkaitan dengan visi, misi, objektif, struktur organisasi, fungsi serta program-program yang dilaksanakan oleh PPSKR.

Sedikit latar belakang penubuhan pusat ini, ianya bermula pada 1 Jun 2003 yang mana Bahagian Jaminan Kualiti & Akreditasi (BJKA) pada ketika itu ditubuhkan di bawah salah satu unit di Pejabat Canselori, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).

Pada November 2004, pihak Pengurusan Universiti telah melaksanakan penstrukturan semula dengan membawa perubahan menaik taraf BJKA kepada Pusat Jaminan Kualiti & Akreditasi (PJKA) dan pada 16 Oktober 2014, PJKA sekali lagi distruktur semula sebagai Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR).

Untuk makluman pengunjung, PPSKR diberi tanggungjawab untuk mengendalikan fungsi Pengurusan Kualiti, Jaminan Kualiti Akademik, Pengurusan Strategik & Risiko.

PPSKR dengan peranan serta fungsi yang ada pada kedua-dua bahagian ini komited untuk membantu UTeM terus merintis dan menerajui kegemilangan pendidikan tinggi teknikal negara seperti yang diharapkan. InsyaAllah.

Akhir kata, kami mengharap semua warga UTeM dan pihak luar memperolehi manfaat dari laman web ini. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pendapat daripada pengunjung bagi memantapkan lagi pengurusan laman web ini.Sekian, Salam hormat dan terima kasih.

PROFESOR DR. MOKHTAR BIN MOHD YUSOF

Pengarah Pusat Pengurusan Stategik, Kualiti & Risiko

Universiti Teknikal Malaysia Melaka