BAHAGIAN PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT


Bahagian Pembangunan Sistem Maklumat bertanggungjawab dalam membangunkan modul-modul baru atau melakukan penambahbaikan ke atas modul-modul sedia ada. Bahagian ini terdiri dari pasukan Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang akan ditugaskan secara pool, iaitu tidak berfokus ke atas sistem tertentu sahaja, tetapi akan membuat pembangunan berdasarkan keperluan dan ketersediaan (availability), mengikut jadual yang telah disusun. Sebarang pembangunan atau penambahbaikan adalah berdasarkan permohonan dari Bahagian Penyelenggaraan yang bertindak sebagai Account Manager atau perantara di antara Pusat Komputer dengan pengguna menerusi borang Aduan Sistem (Change Request Form) .

Peranannya adalah seperti berikut:-

 

  1. Merancang, menganalisis, membangun, menambahbaik, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi universiti.
  2. Membangun, melaksanakan dan menyelia laman web dan multimedia universiti supaya maklumat adalah tepat dan terkini.
  3. Mengenalpasti dan menilai perisian automasi pejabat yang bersesuaian dilaksanakan di persekitaran universiti bagi memastikan keperluan tersebut sentiasa memenuhi kehendak pengguna serta mesra pengguna seterusnya memberi sumbangan dan impak ke arah kecemerlangan akademik dan kecekapan pentadbiran.

Objektifnya adalah seperti berikut:-

 

  1. Bertanggungjawab mengkaji dan mengenal pasti pembangunan sistem-sistem atau modul-modul yang perlu dibangunkan bagi menyokong keperluan Pengurusan Universiti.
  2. Bertanggungjawab merancang pembangunan Sistem Maklumat supaya menjadi sebuah sistem yang bersepadu dan sentiasa up-to-date.
  3. Bertanggungjawab menganalisis keperluan sistem atau modul yang akan dibangunkan.
  4. Bertanggungjawab mereka bentuk sistem atau modul mengikut aliran proses sebenar.
  5. Bertanggungjawab mereka bentuk pangkalan data.
  6. Bertanggungjawab membangunkan sistem atau modul mengikut piawaian yang ditetapkan.
  7. Bertanggungjawab melaksanakan pengujian ke atas sistem atau modul yang dibangunkan menggunakan data-data yang berkaitan.
  8. Bertanggungjawab menggabungkan dan membuat pengintegrasian di antara sistem-sistem modul-modul sedia ada.
  9. Bertanggungjawab membuat demo kepada pengguna bagi mendapatkan maklum balas terhadap sistem dan modul yang telah dibangunkan.
  10. Bertanggungjawab memberi latihan penggunaan sistem dan modul kepada pengguna.
  11. Bertanggungjawab melakukan pembangunan dan penyelidikan (research and development) ke atas aplikasi teknologi terkini.
  12. Bertanggungjawab membangun, melaksana, menyelia pembangunan laman web dan multimedia bagi menjamin maklumat adalah tepat dan terkini.
  13. Bertanggungjawab menyediakan persembahan dan aplikasi multimedia.
  14. Bertanggungjawab mengenalpasti dan membuat penilaian terhadap perisian dan peralatan automasi pejabat yang sesuai dari masa ke semasa.
  15. Bertanggungjawab memastikan e-mel staf dan pelajar memenuhi kehendak pengguna.
  16. Bertanggungjawab membangunkan dan mengendalikan sistem-sistem (kecil) yang berkaitan dengan automasi pejabat dari semasa ke semasa.
  17. Bertanggungjawab memastikan Sistem Mesyuarat Online berjalan dengan baik.
  18. Bertanggungjawab mengenalpasti dan menganalisa sistem-sistem yang berasaskan Sumber Terbuka yang boleh diimplementasikan di persekitaran universiti.