|
Selamat Datang ke Pusat Pengajaran dan Pembelajaran |
|
|
|
|
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PPP) yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran telah ditubuhkan sebagai pusat maklumat dan penyelidikan bagi pembelajaran dan sokongan dalam pembelajaran. Ketika itu, tenaga kerja Pusat ini terdiri daripada seorang Pegawai Pembangunan Pengajaran sepenuh masa bersama –sama dengan seorang Pembantu Eksekutif separuh masa. Pusat ini seterusnya mendapat pengiktirafan secara rasmi daripada pihak Pengurusan Tertinggi Universiti pada tahun 2003. Memandangkan saiz universiti dan perkembangan minat ke arah membangunkan kaedah pengajaran, Pusat ini telah berkembang pada tahun 2004. Pada 1 November 2004, nama Pusat ini telah ditukar kepada Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PPP), iaitu sebagai salah satu usaha ke arah menunjukkan pembangunan di UTeM. Pada masa sekarang, Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Syed Najmuddin bin Syed Hassan merupakan Pengarah Pusat ini dan dibantu oleh Y.Bhg. Dr. Hjh. Norasiken binti Bakar selaku Timbalan Pengarah bersama-sama tujuh orang staf pentadbiran iaitu Cik Norazah binti Mohamed Yazid (Penolong Pendaftar), Puan Erni Suhadah binti Mod Husin (Setiausaha Pejabat), En. Shahrizan bin Sam (Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi)), Pn. Mariana binti Jelani (Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi)), Pn. Nor Azlina binti Md Aris (Pembantu Tadbir (Kewangan)), En. Mohammad Isham bin Ishak (Juruteknik Komputer) dan En. Jasmi bin Johari (Pembantu Am Pejabat). |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 01 November 2012 )
|