UTeM mempunyai 26 buah bas untuk kegunaan pelajar dan staf. Bas-bas ini menyediakan kemudahan pengangkutan pergi dan balik antara asrama dan kampus.

Kemudahan pengangkutan di Melaka juga adalah mudah dengan harga berpatutan. Terminal utama bas terletak di Melaka sentral. Namun begitu tiada jadual tetap untuk bas tempatan kerana bas bergerak apabila penuh. Kebanyakan pengangkutan awam mudah didapati bermula 6.00 pagi sehingga jam 10.00 malam.

Anda mungkin akan nampak beberapa bas yang berwarna kuning dengan teks "Sekolah" melalui perhentian bas tanpa berhenti. Bas-bas ini adalah untuk pengangkutan kanak-kanak sekolah, oleh itu ia tidak akan berhenti mengambil penumpang lain. Keadaan yang sama untuk bas-bas berwarna biru yang mempunyai teks "Kilang", di mana bas-bas biru ini hanya mengambil pekerja-pekerja kilang ke tempat kerja mereka.
   

 

Save

Save

Berita & Peristiwa

Maklumat Terkini Peristiwa Kampus
Login Email
Portal Sign In/SSO

 

Save

Save