AboutMalaysia

Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang merangkumi 11 negeri di Semenanjung Malaysia dan 2 negeri di Kepulauan Borneo. Ibu Negara Malaysia ialah Kuala Lumpur. Putrajaya ialah Pusat Pentadbiran Kerajaan yang baru. Nilai matawang Malaysia ialah Ringgit Malaysia (RM).

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa, iaitu panas dan lembab sepanjang tahun dengan suhu di antara 21 sehingga 32°C. iklim Negara ini dipengaruhi oleh Monson Timur Laut dan Barat Daya. Taburan hujan tahunan di Malaysia dianggarkan sehingga 267cm3.

Orang Melayu dan Orang Asli mempolopori 60% daripada jumlah populasi keseluruhan di Malaysia. Masyarakat China dan India pula, masing-masing adalah sebanyak 30% dan 8%. Selebihnya adalah kaum lain-lain seperti xxx. Agama rasmi Malaysia ialah Islam, namun penganut agama lain bebas mempraktikkan ajaran masing-masing. Bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris diguna dengan meluasnya. Selain itu, Bahasa Tamil, Mandarin dan Punjabi juga digunakan di Malaysia.

 
• FAKTA DAN ANGKA DI MALAYSIA
Negara
Persekutuan Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Negeri Sabah dan Sarawak yang terletak di Kepulauan Borneo.
Kedudukan Geografi
Terletak di antara 2º dan 7º ke utara Garisan Khatulistiwa, Semenanjung Malaysia dipisahkan daripada negeri-negeri di Kepulauan Bornero oleh Laut China Selatan. Di utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand. Sementara di Selatan ialah Singapiura.  Sabah and Sarawak terletak di utara Indonesia dan Sarawak bersempadanan dengan Brunei Darul Salam.
Keluasan
329,758 km persegi
Populasi
26 juta
Ibu Negara
Kuala Lumpur
Penduduk
Kaum Melayu yang membentuk 57% daripada jumlah populasi dan diikuti oleh kaum Cina, India, dan kumpulan etnik yang lain.
Bahasa
Bahasa Melayu (Malay Language) ialah Bahasa Kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Kumpulan etnik yang lain turut menggunakan bahasa dan dialek mereka.
Agama
Islam ialah agama rasmi tetapi penganut agama yang lain bebas mengamalkan agama mereka.
Kerajaan
Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Ketua Negara ialah Yang Di-Pertuan Agong, jawatan  yang disandang secara bergilir-gilir di antara sultan-sultan negeri Melayu setiap lima (5) tahun sekali.
Iklim
Iklim panas tropika. Suhu di antara  21ºC (70ºF) dan 32ºC (90ºF). Kawasan Tanah Tinggi  lebih sejuk berbanding  kawasan tanah rendah dengan suhu di antara 15°C (59° F) dan 25°C (77°F). Taburan hujan tahunan di antara 2,000mm to 2,500mm.
Cuti Umum
Tahun Baru, Hari Raya Aidiladha*, Hari Wilayah Persekutuan **, Tahun Baru Cina*, Awal Muharam*, Maulidur rasul*, Hari Pekerja*, Hari Wesak *, Hari Keputeraan Agung*, Hari Kebangsaan*, Deepavali*, Hari Raya Aidilfitri*, Krismas *
Note: (*) – Cuti Kebangsaan (**) - Putrajaya, Kuala Lumpur & Labuan sahaja (#) - Kecuali Labuan & Sarawak
Profil Ekonomi
Pembuatan merupakan komponen tunggal utama ekonomi Malaysia. Pelancongan dan komoditi seperti petroleum, kelapa sawit, getah asli and kayu balak merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Negara.
Matawang
Unit tukaran wang ialah Ringgit Malaysia (RM) 1 USD bersamaan RM3.20. Wang asing boleh ditukar di bank dan juga di kaunter Penukaran Wang Asing.
Waktu Perbankan
Isnin – Jumaat: 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Sabtu dan Ahad: Tutup (Bank terpilih dibuka pada hari Sabtu).
Kelantan & Terengganu: Ahad - Rabu: 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Khamis: 9.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: Tutup
Pejabat Pos
Dibuka dari jam  8.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari. Ditutup pada hari Sabtu pertama setiap bulan, Ahad dan cuti umum.
Kelantan and Terengganu pejabat po beroperasi sama seperti di atas, tetapi ditutup pada hari Jumaat dan cuti umum.
Masa 
Lapan (8) jam mendahului GMT and enam belas (16) jam mendahului U.S. Pacific Standard Time.
Telefon
Panggilan tempatan boleh dibuat daripada telefon awam. International calls can be made from public phones with card phone facilities or at any Telekom office.
Penginapan
Di Malaysia terdapat pelbagai kemudahan penginapan dengan kadar harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan kehendak pengunjung.

 

Save