Slik untuk muat turun borang

  MAKLUMAT KETERANGAN PENDAFTARAN DI LAMAN WEB  
       
  Jawatankuasa Pembangunan Profesional (JKPP) UTeM sedang giat mempromosikan pendaftaran professional dikalangan graduan dan staf kejuruteraan di UTeM demi memastikan mereka mendapat manfaat tertentu dalam kerjaya.  
     
  Untuk itu, graduan baru UTeM adalah digalakkan untuk mendaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) sebagai Jurutera Siswazah agar mereka layak bekerja sebagai Jurutera di Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun sebagi Penjawat Awam. Ini adalah selaras dengan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 dan Pindaan 2013 bagi jurutera yang berhasrat mengamal dan menjalankan perkhidmatan kejuruteraan di Malaysia. Mengikut akta tersebut. pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah adalah wajib mengikut Seksyen 24A(1). Pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah juga penting untuk membolehkan tempoh pengalaman diambilkira apabila memohon dinaiktaraf sebagai Jurutera Profesional.  
     
  Untuk itu, UTeM melalui JKPP UTeM telah mengambil inisiatif untuk membantu graduan kejuruteraan untuk berdaftar dengan BEM. Kerjasama para graduan adalah dipohon untuk mengambil TIGA tindakan berikut:  
     
 
  1. Memuat naik salinan Kad Pengenalan / Kad Pengenalan negara asal (Bagi pelajar luar negara / * bukan passport perjalanan) melalui sistem SMP.
  2. Mengisi borang pendaftaran “Form A1 BEM” secara MANUAL kepada fakulti masing-masing yang boleh dimuat turun di SINI:
  3. Membayar yuran pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah BEM berjumlah RM50.00, di kaunter Unit Akademik fakulti masing-masing sahaja. Bayaran MESTI dalam bentuk Wang Pos / Deraf Bank (hendaklah dibuat atas nama Bendahari UTeM) atau Tunai. Kaedah pembayaran lain adalah TIDAK DIBENARKAN.
 
     
  Borang Pendaftaran “Form A1 BEM” tersebut perlu dicetak dan diisi dengan lengkap yang dilekatkan gambar berukuran passport. Para graduan juga dikehendaki mengemukan borang CHECKLIST bersama Borang Pendaftaran “Form A1 BEM” semasa membuat pembayaran. Bayaran hanya boleh dilakukan pada 28 Julai – 19 November 2017 SAHAJA. Bayaran selepas tarikh tersebut TIDAK akan diterima.  
     
  Jadual 1: Tarikh Pelaksanaan Aktiviti Pendaftaran secara Berkelompok Proses Pendaftaran dengan BEM bagi pelajar Kejuruteraan yang bergraduat bagi sesi 2016 / 2017.  
     
 
Aktiviti Tarikh

Graduan memuat naik Salinan kad pengenalan /kad pengenalan negara asal (bagi pelajar luar negara)

28 Julai – 19 November 2017

Graduan muat turun dan mengisi borang pendaftaran “Form A1 BEM” di SINI

Penyediaan bayaran RM 50.00 dalam bentuk Wang Pos / Deraf Bank (hendaklah dibuat atas nama Bendahari UTeM) atau Tunai.

Menghantar borang pendaftaran beserta membuat pembayaran di fakulti masing-masing.

 
     
  Semua dokumen yang dihantar TIDAK memerlukan pengesahan Jurutera Professional. Tarikh akhir penyerahan dokumen-dokumen di atas adalah pada 19 November 2017 ( sebelum 4.00 petang ).