PINJAMAN PTPTN TIDAK MENOLAK YURAN PENGAJIAN PELAJAR

Adalah dimaklumkan mulai sesi pengajian 2016/2017 (September 2016), PTPTN tidak akan terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian di Universiti Awam. Keseluruhan amaun pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester sepertimana yang diluluskan.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN perlulah menjelaskan sendiri yuran pengajian melalui kaedah bill presentment di mana-mana cawangan bank islam ataupun pembayaran online FPX di portal UTeM. Untuk penjelasan lanjut bersama-sama ini dikemukakan garis panduan kaedah pembayaran tersebut seperti di lampiran A dan B.

Bagi pelajar yang berhasrat untuk membuat pemotongan yuran pengajian daripada pinjaman PTPTN pada semester akan datang, pelajar dikehendaki untuk melengkapkan surat pengesahan kebenaran potongan yuran sepertimana format di lampiran seterusnya surat pengesahan yang lengkap perlu dihantar ke Kaunter Pejabat Bendahari UTeM.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan pegawai di Unit Biasiswa dan Akaun Pelajar, Bahagian Pengurusan Kewangan dan Perakaunan, Pejabat Bendahari di talian 06-331 6120/6117/6118/6119.

Klik untuk lampiran:
Lampiran A
Lampiran B
Surat Pengesahan PTPTN