PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UTeM menyediakan pelbagai kemudahan canggih seperti dewan kuliah, makmal berteknologi tinggi, makmal robotik & automasi, makmal voltan tinggi, makmal thermodinamik, makmal peralatan, makmal multimedia, makmal pintar, makmal kimia dan makmal pembuatan termaju.

 
• BANGUNAN CANSELORI

Bangunan yang tersergam indah ini merupakan pusat pentadbiran utama di UTeM. Di sinilah PTj seperti Canselori, Pendaftar, Bendahari dan HEPA bernaung. Dibina berkonsepkan ciri-ciri rumah Melayu dan gabungan elemen-elemen moden, menjadikan bangunan ini berbeza dengan bangunan lain.

 
MASJID

Masjid ini boleh memuatkan seramai 4,000 jemaah pada satu-satu masa. Dengan keluasan 5,737 m2 masjid ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik bacaan, dan dewan solat utama. Senibina masjid ini bercirikan Timur Tengah di bahagian dalam manakala di bahagian luar berkonsepkan Asia.

 
KOMPLEKS SUKAN

Kompleks Sukan UTeM terdiri daripada sebuah stadium yang menyediakan kemudahan atletik dan padang bola yang boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa. Dewan sukan pula menempatkan gelanggang badminton, bola jaring dan gimnasium. Turut disediakan ialah arena hoki, padang ragbi, gelanggang tennis, softball serta bola tampar.

 
DEWAN BESAR

Dewan Besar ini boleh memuatkan 4,000 orang pada satu-satu masa. Dewan ini digunakan untuk Majlis Konvokesyen, majlis-majlis rasmi universiti serta berfungsi sebagai dewan peperiksaan. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ruang lobi yang luas, dewan jamuan serta bilik VVIP.

Dewan Besar telah mencatatkan sejarah apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan isteri menerima Ijazah Kehormat pada Majlis Konvokesyen Ke-5 tahun 2009.

 
PUSAT KESIHATAN PELAJAR

Penubuhan Klinik Pelajar adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada para pelajar.  Ia juga bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat di kalangan warga UTeM, bagi  memastikan tahap kesihatan berada ditahap yang memuaskan supaya para pelajar dapat memberi penumpuan sepenuhnya kepada pengajian dengan lebih efektif dan cemerlang.  Ia dikendalikan oleh pegawai perubatan dan paramedik yang profesional bagi memastikan perkhidmatan yang diberi adalah yang terbaik dan selamat. 

Walaupun Klinik Pelajar diberi amanah untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada para pelajar, namun ia juga memberi perkhidmatan serta rawatan perubatan kepada kakitangan UTeM yang memerlukan perkhidmatan seperti rawatan kecemasan, bantuan pinjaman peti kecemasan dan perkhidmatan perubatan (standby) bagi aktiviti yang memerlukan.

Pusat Kesihatan beroperasi di 3 cawangan iaitu Kampus Induk, Kampus Teknologi & Kampus Bandar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.utem.edu.my/pusat_kesihatan/

WAKTU RAWATAN DI KAMPUS INDUK

HARI

PAGI

PETANG

ISNIN - KHAMIS

8.00 PG – 1.00 T/HARI

2.00 PTG – 5.00 PTG

JUMAAT

8.00 PG – 12.15 T/HARI

2.45 PTG – 5.00 PTG

SABTU, AHAD & CUTI UMUM

TUTUP

TUTUP


KEMUDAHAN PUSAT KESIHATAN DI KAMPUS INDUK

  • Rawatan pesakit luar
  • Rawatan kecemasan
  • Bilik pemerhatian
  • Perkhidmatan peti rawatan kecemasan
  • Perkhidmatan ambulans (bagi kes kecemasan dan rujukan)
  • Unit Makmal
  • Unit Pergigian


WAKTU RAWATAN DI KAMPUS BANDAR

HARI

MASA

ISNIN

8.30 PG - 12.30 T/HARI

RABU

8.30 PG - 12.30 T/HARI

JUMAAT

8.30 PG - 12.00 T/HARI

SABTU, AHAD & CUTI UMUM

TUTUP


KEMUDAHAN PUSAT KESIHATAN DI KAMPUS BANDAR

  • Rawatan pesakit luar
  • Rawatan kecemasan 

 

WAKTU RAWATAN DI KAMPUS TEKNOLOGI

HARI

MASA

ISNIN

2.00 PTG - 5.00 PTG

 SELASA

 8.30 PG - 5.00 PTG

RABU 

2.00 PTG - 5.00 PTG

 KHAMIS

 8.30 PG - 5.00 PTG

JUMAAT

3.00 PTG - 5.00 PTG

SABTU, AHAD & CUTI UMUM

TUTUP


KEMUDAHAN PUSAT KESIHATAN DI KAMPUS TEKNOLOGI

  • Rawatan pesakit luar 
  • Rawatan kecemasan 
  • Bilik pemerhatian

 

TALIAN TELEFON KECEMASAN

  • Pusat Kesihatan

Kampus Induk (06-555 2076)
Kampus Teknologi (06-234 6825/6826)
Kampus Bandar (06-283 3397)
*hanya semasa waktu operasi klinik sahaja

  • Hospital Melaka 

06-289 2543/999 

  • Jabatan Pertahanan Awam

06-232 9200

 

TAKRIFAN KES-KES KECEMASAN

  •  Kemalangan atau kecederaan
  •  Demam panas  (melebihi 38.5°C)
  •  Susah bernafas
  •  Tidak sedar diri
  •  Sakit perut yang teruk
  •  Serangan sawan
  •  Sakit dada

 

 
PERPUSTAKAAN

Sehingga akhir tahun 2011, jumlah koleksi bahan di perpustakaan ialah 104,348 judul iaitu 104,348 judul iaitu 81,530 judul bahan bercetak dan 55,054 judul bahan online dalam pangkalan data. Koleksi ini merangkumi bahan rujukan kejuruteraan berkaitan bidang-bidang teknikal seperti elektrikal, elektronik, kejuruteraan komputer, mekanikal, pembuatan dan ICT. Terdapat juga koleksi bidang saintifik seperti fizik, kimia, matematik serta bacaan umum.

Sebuah perpustakaan juga telah dibuka di Kampus Bandar bagi kemudahan pelajar membuat rujukan. Perpustakaan UTeM menggunakan sistem Pengurusan Penggunaan Perpustakaan Bersepadu (ILMU) bagi memudahkan pelajar mencari maklumat mengenai koleksi yang disediakan. Pencarian juga boleh dilakukan melalui WebOPAC.

 
• KAFETARIA

Kafeteria UTeM menyediakan pelbagai pilihan makanan tradisional yang pelbagai untuk semua warga kampus. Terdapat tiga kafeteria di Kampus Induk, dua untuk pelajar dan satu untuk staf.

 
PUSAT AKTIVITI PELAJAR

Pusat Aktiviti Pelajar diuruskan oleh Pejabat HEPA bagi menyediakan ruang berinteraksi di kalangan ahli-ahli kelab, persatuan dan Perwakilan Pelajar. Bangunan tiga tingkat ini menyediakan tempat untuk latihan kebudayaan, latihan orkestra, pusat kaunseling dan ruang pameran. Koperasi UTeM Berhad, Pejabat Pos Mini dan mesin ATM turut beroperasi di sini.

 
PERKHIDMATAN BAS

Pejabat HEPA menyediakan perkhidmatan bas berhawa dingin untuk kegunaan pelajar. Perkhidmatan percuma ini disediakan untuk perjalanan asrama pelajar ke Kampus Induk dan Kampus Bandar bermula jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam. Perkhidmatan bas tambahan juga disediakan untuk program semester khas, peperiksaan akhir dan juga semasa cuti semester bergantung kepada aktiviti pelajar.

 
KEMUDAHAN ASRAMA
UTeM menyediakan kemudahan asrama di tiga kolej kediaman. Setiap kolej kediaman dilengkapi dengan perabot dan dipantau oleh staf dan pengawal keselamatan.Terdapat tujuh kolej kediaman yang disediakan iaitu :
  • Kolej Kediaman Taman Tasik Utama 2
  • Kolej Kediaman Taman Tasik Utama 3
  • Kolej Kediaman Bunga Raya
  • Kolej Kediaman Murni
  • Kolej Kediaman D'apartment
  • Kolej Kediaman Murai Jaya
  • Kolej Kediaman Emerald
  • ASRAMA PELAJAR
    UTeM menyediakan kemudahan penginapan di dalam kampus kepada pelajar-pelajarnya di dalam tiga kolej kediaman/asrama. Terdapat asrama yang berlainan untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki adalah dilarang untuk memasuki asrama perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Pelawat tidak dibenarkan untuk bermalam di asrama, namun begitu rakan-rakan dipersilakan untuk melawat pelajar pada waktu siang. Pelajar juga hendaklah memastikan keadaan asrama senyap selepas jam 12 malam dan penghuni asrama juga hendaklah berada di dalam asrama pada waktu tersebut.
  • PENGINAPAN LUAR KAMPUS
    Jika anda memilih untuk menetap di luar kampus, sila pastikan yang anda betul-betul faham semua kos yang terlibat. Biasanya, bil air dan elektrik tidak termasuk di dalam sewa. Di samping itu juga, anda mungkin perlu membayar deposit sebelum menduduki rumah berkenaan, kebiasaannya pada harga sewa untuk sebulan. Kos elektrik di Malaysia adalah agak tinggi, oleh itu anda dinasihatkan untuk menggunakan elektrik dengan bijak.
 
 
• KEMUDAHAN WiFi
Di lokasi-lokasi berikut:

KAMPUS INDUK

  • Lobi Pusat Komputer
  • Lobi Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
  • Lobi Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK)
  • Perkarangan Pusat Aktiviti Pelajar
  • Perpustakaan - Perkarangan Aras Bawah & Aras 1
  • Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) - Blok B
  • Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) - Perkarangan Aras Bawah
  • Pusat Pengajian Siswazah
  • Kafeteria Pelajar 1 & 2
  • Kafeteria Staf

KAMPUS BANDAR

  • Pusat Konvensyen
  • Perpustakaan
  • Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) - Blok C & D

KAMPUS INDUSTRI

  • Kafeteria
KEMUDAHAN ICT

Sesungguhnya pertambahan kawan liputan wifi adalah memberi kesan yang besar dalam menyediakan kemudahan capaian ke internet kepada pelajar dalam menyokong aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Kaedah pembelajaran masa kini yang menggunakan teknologi ICT dapat meningkat kualiti pembelajaran dan pengajaran serta memberikan pengalaman baru kepada pelajar dalam menuntut ilmu. Oleh itu banyak sumber rujukan pengajaran dan pembelajaran dalam format e telah di bangunkan seperti e-learning, e-library, portal pelajar, email dan dan sistem aplikasi dalaman boleh dicapai melalui kemudahan internet.

Jadual menunjukkan peningkatan hampir kawasan liputan wifi daripada 16.5% pada tahun 2013 kepada 57.25% pada akhir tahun 2014 maka peningkatan hampir 40% di kesemua kampus UTeM berdasarkan taburan 300 unit Access Point (AP) yang telah siap dipasang dan berfungsi sepenuhnya.

 

Save