Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan pada 1 Disember 2000 sebagai IPTA Teknikal pertama di Malaysia.
 
KAMPUS
Terletak di negeri Melaka yang diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO di dalam kawasan seluas 766 ekar yang lengkap dengan semua kemudahan dan dikelilingi kehijauan alam sekitar.
 
AKADEMIK

Sebagai sebuah Universiti Berfokus, UTeM memfokuskan kepada bidang kejuruteraan, ICT dan pengurusan teknologi. UTeM sentiasa mengekalkan reputasinya sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keperluan sektor industri berteknologi tinggi. Bidang penyelidikan di UTeM juga memberi penekanan kepada bidang yang dikenalpasti mampu meningkatkan kredibiliti unik UTeM dan mampu meningkatkan reputasi UTeM sebagai sebuah universiti teknikal seperti teknologi hijau, kejuruteraan sistem, interaksi manusia-teknologi, dan dan teknologi termaju.

UTeM menerima kemasukan pelajar bukan sahaja dari dalam Negara malah pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar antarabangsa di UTeM termasuklah dari Indonesia, Saudi Arabia, Chad, Syria, Pakistan, Cameroon, Bangladesh, Tanzania, India, Somalia, Singapura, Qatar, Palestine, Libya, Iraq, Iran, Ghana, France, Yemen, Nigeria dan Jordan.

 
FAKULTI
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  • Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  • Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
  • Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan
  • Fakulti Teknologi Kejuruteraan
 
USAHA KOLABORASI UNIVERSITI-INDUSTRI
UTeM sentiasa berusaha mempergiatkan usaha berkolaborasi dan berkerjasama dengan industri.
Untuk menjadi sebuah institusi tersohor bagi bidang teknikal yang menghasilkan ahli professional yang menepati kehendak pasaran juga setanding dengan keperluan teknologi masa depan.
  • Pusat Pembuatan Termaju
    Ditubuhkan bagi meningkatkan teknologi tinggi dan kemudahan teknologi pembuatan berketepatan tinggi dengan tujuan untuk kerjasama dalam R&D, kerjasama dalam pembuatan dan latihan memasuki alam pekerjaan.
  • Mesyuarat Meja Bulat CEO
    Perhimpunan tahunan CEO dan pakar industri dari dalam dan luar negara yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan maklumbalas, penilaian program akademik, infrastruktur dan kebolehpasaran graduan serta membantu dalam usaha melahirkan pemimpin berciri keusahawanan.
  • Kampus Berkonsepkan Industri
    Pembangunan UTeM masa kini menekankan penubuhan pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang sama dengan industri masa kini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar.
 
KECEMERLANGAN DALAM PENYELIDIKAN DAN INOVASI
UTeM telah mengenalpasti Bidang Tujah kritikal yang paling penting untuk memacu kecemerlangan universiti. UTeM telah memilih Teknologi Pembuatan Termaju sebagai bidang tujah yang memerlukan komitmen padu daripada semua fakulti mengikut bidang-bidang tertentu iaitu:-
  • Teknologi Hijau
  • Kejuruteraan Sistem
  • Interaksi Manusia-Teknologi
  • Teknologi Termaju
Bidang-bidang tujah ini mempunyai pelbagai variasi yang merangkumi kekuatan fakulti sedia ada, pusat penyelidikan, institut dan makmal di dalam universiti.
 
PENYELIDIKAN DAN INOVASI
PINGAT DAN ANUGERAH DALAM PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Tahun
Emas
Perak
Gangsa
Anugerah Khas
Keseluruhan
2005
1
2
5
0
8
2006
1
1
8
0
10
2007
4
11
15
2
32
2008
9
13
12
1
35
2009
9
14
15
1
39
2010
8
11
17
5
41
2011
14
27
27
6
74
2012
9
22
17
1
49
2013
17
21
19
3
60
2014
5
111
15
1
32
2015
5
8
21
1
40
2016
12
12
8
4
36
Jumlah
94
153
179
25
456
 
STATISTIK UTAMA (TAHUN AKADEMIK 2015/2016)
 
Pelajar (Sehingga 31 Disember 2016)
Diploma  
Jumlah pelajar diploma:
1,119 pelajar
   
Prasiswazah  
Jumlah pelajar
9,432 pelajar
Jumlah pelajar dalam negara
9,295 pelajar
Jumlah pelajar antarabangsa
137 pelajar
   
Pascasiswazah  
Jumlah pelajar Sarjana
826 pelajar
Jumlah pelajar Sarjana dalam negara
720 pelajar
Jumlah pelajar Sarjana antarabangsa
106 pelajar
   
Jumlah pelajar Kedoktoran
383 pelajar
Jumlah pelajar Kedoktoran dalam negara
112 pelajar
Jumlah pelajar Kedoktoran antarabangsa
271 pelajar
   
STAF AKADEMIK (Sehingga 31 Disember 2016)
Staf Akademik :
899 staff
Staf Akademik Tempatan :
875 staff
Staf Akademik Antarabangsa :
24 staff
*Staf Akademik termasuk Pensyarah, Tutor, Jurutera Pengajar and Guru Bahasa.
** Jumlah tidak termasuk NC, TNC (A&A), TNC (P&I), TNC HEPA
 
   
GRADUAN (Sehingga 31 Disember 2016)
Sarjana Muda :
15,728
Diploma :
3,442
Sarjana :
1,274
Doktor Falsafah :
79
 

 

Save

Save

Save