PELAJAR TEMPATAN
SEMUA PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH
  • Pemohon perlu menghantar permohonan melalui sistem permohonan online yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Tarikh-tarikh penting serta prosedur-prosedur permohonan akan diumumkan oleh BPKP melalui laman web / media cetak / media elektronik setiap tahun (kebiasaannya pada bulan November) bagi pengambilan sesi akademik yang berikutnya.
 
PERMOHONAN PELAJAR ANTARABANGSA
SEMUA PROGRAM IJAZAH
  • Pemohon boleh menghantar permohonan terus ke UTeM dengan menggunakan borang yang disertakan di bawah:

    Borang PermohonanImage(243 KiB)  
  • Tarikh Tutup Permohonan:
    Pemohon boleh menghantar permohonan kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bila-bila masa sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, permohonan yang diterima UTeM PADA ATAU SEBELUM 30 JUN akan diterima bagi kemasukan pada tahun akademik tersebut dan permohonan yang diterima selepas tarikh seperti yang dinyatakan akan diterima bagi kemasukan pada tahun akademik berikutnya.
 

 

Save