Info

Selamat datang ke Pusat Jaminan Kualiti dan Akreditasi, UTeM.
Sebarang komen dan cadangan sila emailkan kepada kami:

- Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya

 
Berita
Borang Aduan Pelanggan boleh dimuat turun di bawah menu Muat Turun Borang
 

Where Great Technical Careers Begin

Where Great Technical Careers Begin

Acara Terkini

Tiada aktiviti yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini
Papar Kalendar Penuh
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini21
mod_vvisit_counterSemalam85
mod_vvisit_counterMinggu Ini499
mod_vvisit_counterBulan Ini2329
mod_vvisit_counterKeseluruhan166120
Utama arrow Artikel
PDF Cetak
JEJAK PERSIJILAN MS ISO 9001:2000


Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 merupakan suatu sistem kualiti yang universal dan boleh diterima pakai bagi menguruskan proses-proses mengeluarkan produk atau perkhidmatan. Ianya dapat meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem pengurusan organisasi supaya kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak berkepentingan dapat dipenuhi. Oleh itu UTeM yakin bahawa ISO 9000 dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan terutamanya untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Maka inisiatif pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang membawa kepada persijilan MS ISO 9001:2000 telah pun dilaksanakan di UTeM.  Untuk mencapai matlamat persijilan ISO 9001:2000, UTeM telah membentuk Jawatankuasa Pemandu yang berperanan untuk :

  • Memantau status dan kemajuan inisiatif perlaksanaan ISO 9000
  • Mengenal pasti, menyelaras dan memperuntukkan sumber-sumber yang diperlukan dalam pelaksanaan sistem kualiti
  • Menentukan sistem kualiti difahami oleh semua warga dan dipatuhi di setiap proses kerja
  • Membantu dan menyokong bagi melicinkan penerimaan dan pematuhan ke atas sistem kualiti
  • Mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab menyediakan manual kualiti, prosedur kerja dan arahan kerja

 

Hasil pendekatan ini, fasa penulisan dokumen ISO yang biasanya memerlukan masa yang panjang untuk disiapkan, telah dalam masa empat bulan bermula pada bulan Januari 2004 dan tamat pada hujung bulan April 2004. Dokumen ISO UTeM yang telah berjaya dihasilkan ialah terdiri dari 1 Manual Kualiti, 62 Prosedur dan 4 Garis Panduan.  Seterusnya, pelaksanaan Sistem ISO 9001:2000 secara percubaan di UTeM bagi skop Pengajaran dan Pembelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma telah dimulakan pada 5 Mei 2004 dan pelaksanaan secara rasminya bermula dari 1 Jun 2004. Audit Kecukupan atau ‘Adequacy Audit’ pula telah dilaksanakan oleh SIRIM QAS pada 30 Julai 2004. Tujuannya untuk menilai dan memastikan dokumen yang disediakan mencukupi serta memenuhi keperluan standard bagi skop persijilan ”Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran”.

Audit dalaman pula telah dijalankan disepanjang bulan September 2004 ke atas 16 buah Pusat Tanggungjawab (PTj) UTeM. Aktiviti ini dilaksanakan oleh Juru Audit Dalaman yang terdiri di kalangan staf UTeM sendiri yang mana telah menerima latihan dari pihak perunding yang dilantik iaitu SIRIM Berhad pada 9 - 10 Ogos 2004.

Pada 30 November 2004 satu mesyuarat yang dikenali sebagai Mesyuarat Semakan Pengurusan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000 telah diadakan. Mesyuarat yang dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Universiti merupakan salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan mengikut Standard MS ISO 9001:2000. Ini disusuli pula oleh aktiviti Pra-Audit yang telah dijalankan oleh Auditor SIRIM Berhad pada 14 – 15 Disember 2004 bertujuan mengenal pasti tahap kepatuhan PTj terhadap standard yang dibangunkan serta sebagai percubaan untuk menghadapi Audit Pematuhan yang sebenarnya.

Audit Pematuhan telah dilaksanakan pada 29-31 Disember 2004 . Seramai 4 orang Auditor dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah menjalankan audit dengan menggunakan kaedah pensampelan ke atas proses-proses yang terkandung di dalam skop persijilan “Pengajaran dan Pembelajaran”. Hanya 5 NCR dan 9 pemerhatian yang ditemui oleh pihak Auditor semasa Audit Pematuhan dijalankan. Oleh kerana NCR yang ditemui adalah di dalam kategori minor, UTeM pada dasarnya telah diperakukan memperoleh persijilan MS ISO 9001:2000 dengan syarat tindakan pembetulan dilakukan ke atas NCR yang ditemui dalam tempoh dua bulan dari tarikh Audit Pematuhan dijalankan.

Akhirnya, 4 hb Februari 2005 ialah tarikh bersejarah untuk UTeM kerana secara rasminya Panel Persijilan Sirim QAS International Sdn Bhd telah meluluskan penganugerahan Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 kepada UTeM.

Persijilan MS ISO 9001:2000 yang dianugerahkan ialah dalam skop berikut:-·     

  • Rekabentuk dan Pembangunan Program Pengajian
    ( Design and Development of Education Programs )
  • Penyampaian Perkhidmatan Pengajian Peringkat Sarjana Muda
    ( Provision of Education at Undergraduate Level

 

Nombor Pendaftaran Persijilan : AR 3543

 

AKREDITASI KURSUS KEJURUTERAAN DAN PENGIKTIRAFAN KURSUS


Adalah menjadi tanggungjawab Universiti untuk memastikan graduan yang dihasilkan  dapat memenuhi keperluan pelbagai stakeholder. UTeM sememangnya telah berusaha untuk memastikan graduan yang dihasilkan dapat bekerja setelah melalui proses pembelajaran yang tersusun dengan kurikulum yang dibangunkan berdasarkan input dari stakeholder. 

Penentuan kualiti setiap kursus profesional dalam bidang kejuruteraan adalah perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Lembaga Jurutera Malaysai (Board of Engineers Malaysia).  Unit Akreditasi Kejuruteraan di bawah BEM bertindak menilai kualiti kursus kejuruteraan yang ditawarkan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh badan profesional tersebut bagi membolehkan graduan berkhidmat sebagai seorang jurutera.  Oleh yang demikian, UTeM sentiasa berusaha untuk memastikan kursus-kursus yang ditawarkan sentiasa mendapat akreditasi dari BEM.  Proses mendapatkan akreditasi ini dijalankan secara berterusan mengikut tempoh akreditasi yang diberikan. 

Lanjutan dari itu, pengiktirafan lulusan UTeM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan dibuat berdasarkan keputusan akreditasi oleh BEM. Bagi kursus yang mendapat pengiktirafan dari JPA akan membolehkan graduan yang berkenaan bertugas disektor awam. 

Bagi kursus bukan profesional, kualiti kursus adalah ditentukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency). Semua kursus terutama yang berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi akan dinilai kualiti oleh MQA. Kursus yang memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan akan diiktiraf oleh MQA seterusnya boleh diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 20 May 2010 )
 
 
Joomla Templates by Joomlashack