Where Great Career Begin

Where Great Career Begin

Latest Events

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday89
mod_vvisit_counterYesterday299
mod_vvisit_counterThis week1329
mod_vvisit_counterThis month6303
mod_vvisit_counterAll355830
Home arrow KIK
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Print

(Full Article in Bahasa Melayu)

Image

Pengenalan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) mula diperkenalkan melalui PKPA bil.7/1991 sebagai salah satu mekanisma penyelesaian masalah kerja di jabatan/pejabat. Inisiatif ini diperkukuhkan dengan konsep Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) bagi menyemarak aktiviti penambahbaikan, penyampaian perkhidmatan serta menyubur budaya kreatif dan inovatif dalam penciptaan nilai serta break-through ke arah  pemantapan sistem pengurusan. Konsep ini diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2000 dan telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf.

Berbanding dengan KMK, tumpuan KIK tidak hanya menumpukan kepada masalah serta cara penyelesaiannya semata-mata tetapi lebih terarah kepada penambahbaikan sistem serta prosedur kerja yang sedia ada bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan. KIK adalah merupakan sekumpulan kecil pekerja-pekerja daeipada unit kerja yang sama, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah atau peluang penambahbaikan berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan. Konsep ini juga merupakan satu mekanisma di mana semua staf boleh menyertai dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti jabatan/pejabat masing-masing.

Antara matlamat dan objektif KIK adalah:  
 - Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja;
 - Semangat bekerja secara berkumpulan;
 - Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif;
 - Membudayakan pengurusan secara penyertaan (participative management);
 - Penambahbaikan berterusan secara kreatif dan inovatif
 - Jaminan dan kepastian kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan

Selaras dengan Pelan Strategik Universiti 2009-2010 yang mensasarkan penubuhan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) pada tahun 2009, Y.Bhg. Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan, naib Canselor UTeM telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu KIK dengan dikendalikan oleh Bahagian Dasar & Kualiti Pengurusan, Pejabat Pendaftar selaku sekretariat KIK sebagai langkah pertama dalam melaksanakan KIK di UTeM. Jawatankuasa induk bagi pelaksanaan KIK di UTeM dan bertanggungjawab untuk merangka dasar-dasar pelaksanaan KIK dan memberikan pertimbangan serta kelulusan kepada cadangan-cadangan penyelesaian masalah dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh kumpulan KIK. Jawatankuasa ini juga berperanan dalam menentukan matlamat serta hala tuju yang ingin dicapai serta menyelaras dan memantau pelaksanaan akiviti-aktiviti KIK yang akan dijalankan.

Image Pengurusan Tertinggi Universiti
Image Jawatankuasa Pemandu KIK UTeM
Image Jawatankuasa Pelaksana KIK UTeM
Image Objektif KIK
Image Tujuan Program
Image Kaedah Persembahan
Image Kategori Projek
Image Nama Kumpulan KIK & Tugasan Projek 
 
Last Updated ( Wednesday, 01 February 2012 )
 
 
Joomla Templates by Joomlashack