LATAR BELAKANG Penubuhan Pejabat Pembangunan adalah bermula dengan penubuhan UTeM berkuatkuasa pada 1 Disember 2000. Pejabat Pembangunan UTeM ditubuhkan sebagai fungsi utama yang menjadi penyokong kepada perkembangan sebuah pusat pendidikan teknikal yang dinamik. Pada peringkat awalnya Pejabat Pembangunan diterajui oleh seorang Pengarah Pembangunan. Kemudiannya pada 9 September 2002 nama Pejabat Pembangunan telahpun ditukar kepada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, dimana Unit kenderaan turut dipindahkan dari Pejabat Pendaftar ke Jabatan ini. Penstrukturan baru ini telah pun diterajui oleh seorang Ketua Pembangunan & Pengurusan Aset sehingga pada 12 Februari 2010 Jabatan ini diubah semula mengikut Pekeliling Pentadbiran Bil. 13 Tahun 2010 dan Jabatan ini telah distruktur semula dan menjadi Pejabat Pembangunan bagi melancarkan lagi pengoperasian Universiti. Pejabat Pembangunan kini mempunyai lima bahagian utama dan segelintir bahagian mempunyai beberapa unit mengikut fungsi masing-masing. Peranan Pejabat Pembangunan adalah penting bagi menjayakan dan merealisasikan kecemerlangan sistem pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penyelenggaraan berkesan diperlukan bagi memastikan kemudahan dan infrastruktur yang dibina adalah sentiasa pada tahap penggunaan yang optimum dan bakal mencapai jangka hayat yang memuaskan.
|