• banner0.jpg
  • banner1.jpg
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg

 

Selamat Datang ke Laman Web Pejabat Pembangunan

Penubuhan Pejabat Pembangunan adalah bermula dengan penubuhan UTeM berkuatkuasa pada 1 Disember 2000. Pejabat Pembangunan UTeM ditubuhkan sebagai fungsi utama yang menjadi penyokong kepada perkembangan sebuah pusat pendidikan teknikal yang dinamik. Pada peringkat awalnya Pejabat Pembangunan diterajui oleh seorang Pengarah Pembangunan. Kemudiannya pada 9 September 2002 nama Pejabat Pembangunan telahpun ditukar kepada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, di mana Unit Kenderaan turut dipindahkan dari Pejabat Pendaftar ke Jabatan ini. Penstrukturan baru ini telah pun diterajui oleh seorang Ketua Pembangunan & Pengurusan Aset sehingga ke 12 Februari 2010 Jabatan ini diubah semula mengikut Pekeliling Pentadbiran Bil. 13 Tahun 2010 dan Jabatan ini telah distruktur semula menjadi Pejabat Pembangunan bagi melancarkan lagi pengoperasian Universiti.

Pejabat Pembangunan kini mempunyai empat bahagian utama iaitu Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Bahagian Perkhidmatan dan Penyelenggaraan, Bahagian Kontrak dan Bahagian Pentadbiran. Setiap bahagian mempunyai beberapa unit mengikut fungsi dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Peranan Pejabat Pembangunan adalah penting bagi menjayakan dan merealisasikan kecemerlangan sistem pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penyelenggaraan berkesan diperlukan bagi memastikan kemudahan dan infrastruktur yang dibina adalah sentiasa pada tahap penggunaan yang optimum dan bakal mencapai jangka hayat yang memuaskan.

WAKTU OPERASI ADUAN KEROSAKAN

Isnin - Khamis
8.00am – 1.00pm
2.00pm – 5.00pm

Jumaat
8.00am – 12.15pm
2.45pm – 5.00pm

Awam
06-331 6352 / 6347

Elektrik
06-331 6391 / 6380

Mekanikal
06-331 6355 / 6357

0119194
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Kesuluruhan
930
37
1079
16458
1494
889
119194

18-01-2018