Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan (PBPI) merupakan sebuah pusat tanggungjawab yang membangunkan bidang Interaksi Manusia-Teknologi. Ini adalah sebagai komitmen yang utama kepada semua fakulti di UTeM. Oleh itu, PBPI berberfungsi menyokong UTeM yang telah memilih Teknologi Pembuatan Termaju sebagai strategi berfokus dalam usahanya mencapai visi sebagai sebuah universiti teknikal terkemuka di dunia. Dalam hubungan ini, mulai 2011, dekan PBPI telah menggarap hala tuju dengan melakukan satu transformasi berfokuskan strategi supaya PBPI menjadi sebagai pusat bahasa dan pembangunan insan yang cemerlang. Terdapat empat jabatan penting dan unit akademik di PBPI iaitu Jabatan Bahasa, Jabatan Pengajian Islam dan Kemanusiaan, Jabatan Pembangunan Insan, Jabatan Pengajian Kokurikulum dan Unit Kemahiran Insaniah. Berasaskan keempat-empat jabatan tersebut, fungsi utama PBPI adalah mendidik bakal profesional dan intelektual yang sentiasa berketerampilan dari aspek kemahiran berkomunikasi, berupaya berfikiran kritis dan menyelesaikan masalah, boleh bekerja dalam pasukan, mempunyai daya kepemimpinan, mempunyai jati diri dan integriti, bermoral dan bersahsiah tinggi, belajar sepanjang hayat dan mahir dalam ICT serta keusahawanan. Melalui penerapan kemahiran insaniah di atas, PBPI dapat membantu dan menyokong fungsi fakulti kejuruteraan melaksanakan breadth and depth dalam kurikulum dan meninggikan aras kebolehpasaran graduan. Pusat ini juga merancang dan melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Outcome Based Education (OBE) dalam melahirkan insan yang harmoni dan seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Warga akademik dan staf sokongan di PBPI sentiasa memegang nilai-nilai sejagat dan slogan ‘menjana insan cemerlang’ dalam usaha melestari Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan. |