Kepakaran pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) diktiraf apabila tiga orang pensyarah dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK)  telah diberi penghormatan atas kepakaran mereka apabila dilantik sebagai hakim dan pakar negara dalam sebarang pertandingan berlatarbelakang kemahiran yang berlangsung di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pemilihan yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemilihan Hakim dan Pakar Negara tersebut telah melantik Zuliman Maksom bagi bidang Graphic Design Technology, Yahya Ibrahim dalam bidang IT Software for Business Solution dan Shahril Parumo bagi bidang Web Design.

Menurut Pemangku Dekan FTMK, Prof. Dr. Mohammad Ishak Desa, berkata kejayaan pensyarah FTMK tersebut menyatakan bahawa pelantikan tersebut adalah di atas beberapa kriteria yang berjaya memenuhi permintaan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Tambah beliau lagi, dengan pelantikan tersebut beliau berharap agar para pensyarah yang dipilih dapat menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang dan penuh integriti bagi memartabatkan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia.

Pelantikan tersebut dijangka akan membuka lebih banyak peluang kepada ahli akademik UTeM untuk lebih menyerlah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam merealisasikan matlamat UTeM untuk menjadi universiti teknikal yang terkemuka di Malaysia khususnya, dan dunia umumnya.

Kumpulan pensyarah yang dilantik sebagai hakim dan pakar negara tersebut adalah diperlukan bagi pelbagai pertandingan kemahiran yang bakal diadakan seperti WorldSkills Malaysia Belia (WSMB), WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP), WorldSkills Competition (WSC) dan yang yang berlangsung tidak lama lagi, ASEAN Skills Competition (ASC) yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand bermula pada 26 Ogos sehingga 4 September kelak.

PENYELIDIKAN & INOVASI

Terokai Penyelidikan dan Inovasi bersama UTeM

Lanjut

Masukkan alamat email anda untuk langganan Aktiviti UTeM: