Prestij dan keunggulan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kian menyerlah di pentas dunia lantas diberi penghormatan apabila menerima kunjung hormat dari delegasi antara universiti terkemuka England, Nottingham Trent University (NTU) dalam persediaan untuk membina hubungan pendidikan antarabangsa antara kedua-dua belah pihak.

Kunjung hormat yang berlangsung pada minggu lalu telah disertai oleh empat wakil dari NTU yang diketuai oleh Pengarah External Engagement, Strategic Partnerships, Dr. Jason Pandya Woods bersama tiga lagi pegawai dari NTU dan disambut oleh barisan pengurusan tertinggi UTeM yang diketuai oleh Naib Canselor Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib.

Naib Canselor UTeM menyerahkan gambar sebagai kenang-kenangan sewaktu ketua delegasi NTU, Dr. Jason Pandya Woods  menandatangi buku pelawat.
Naib Canselor UTeM menyerahkan gambar sebagai kenang-kenangan sewaktu ketua delegasi NTU, Dr. Jason Pandya Woods menandatangi buku pelawat.

Menurut Dr. Shahrin Sahib sewaktu ditemubual menyatakan bahawa kunjung hormat yang diterima membuka peluang kepada UTeM untuk melebarkan empayar bidang pendidikan tinggi universiti awam ke peringkat antarabangsa sana.

Tambah beliau, beberapa topik utama pengantarabangsaan turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut, memfokuskan kepada beberapa peluang kerjasama terutamanya dalam bidang mobiliti pelajar dan kakitangan akademik dengan tujuan berkongsi kepakaran yang digunapakai oleh kedua-dua universiti.

“Menerusi pengantarabangsaan yang bakal dijalankan bersama NTU ini, UTeM berharap agar ia menjadi medan dalam mempercepatkan proses beraksi cemerlang sebagai universiti awam teknikal di peringkat antarabangsa dengan cara kolaborasi menerusi bidang penyelidikan dan pembangunan.

Dengan perbincangan yang diadakan, diharap agar kerjasama strategik dapat dijalankan dan diharapkan UTeM selaku universiti awam teknikal berprestij di negera ini semakin menyerlah bukan hanya di peringkat nasional malahan mula menyemarak di persada global.

PENYELIDIKAN & INOVASI

Terokai Penyelidikan dan Inovasi bersama UTeM

Lanjut

Masukkan alamat email anda untuk langganan Aktiviti UTeM: