Pejabat Bendahari, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan melalui amalan persekitaran berkualiti apabila berjaya memperolehi persijilan semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) setelah melalui sesi audit persekitaran untuk kali ke 8 yang dikelolakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) baru-baru ini.

Penyerahan Laporan Amalan Persekitaran Berkualiti yang telah lengkap disaksikan Khairul Taib, Bendahari UTeM.
Penyerahan Laporan Amalan Persekitaran Berkualiti yang telah lengkap disaksikan Khairul Taib, Bendahari UTeM.

Menurut Bendahari UTeM Khairul Taib, berkata bahawa amalan persekitaran Berkualiti 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti secara berterusan selain mengutamakan kebersihan, kecekapan, kemesraan, penyeragaman dan keselamatan Pejabat Bendahari dan juga kakitangan di bawah pejabat tersebut.

Tambah beliau lagi, dalam audit yang dijalankan, terdapat beberapa tumpuan yang diberi perhatian dan diambil kira oleh pengaudit terutamanya beberapa elemen untuk penambahbaikan serta impak terhadap inovasi yang telah dijalankan.

"Kejayaan ini adalah merupakan komitmen dan kerjasama seluruh warga Pejabat Bendahari bagi mengekalkan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/ 5S) bagi tahun 2017 dan berharap agar kejayaan yang diperoleh terus memotivasikan para kakitangan dalam penerapan budaya 5S sebagai amalan kerja seharian di samping meningkatkan produktiviti kerja staf Pejabat Bendahari", ujar beliau lagi.

Audit Persijilan Semula telah berlangsung dimulakan dengan sesi penerangan dan pembentangan aktiviti 5S yang telah dijalankan sepanjang tahun 2017 oleh Pengerusi 5S Pejabat Bendahari, Mohd Hary Ujang yang merupakan Penolong Bendahari Kanan, Pejabat Bendahari UTeM.

Sesi pengauditan yang diketuai oleh ketua juruaudit, Siti Sakinah Mohd Zaki seterusnya diteruskan dengan sesi lawatan audit ke Zon 1 dan Zon 2 Pejabat Bendahari dan disusuli dengan semakan fail Jawatankuasa Induk di bilik mesyuarat bendahari.

Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat  bermatlamat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal dengan amalan-amalan yang harus dipatuhi iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal).

Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja dan ianya berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti PTJ berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.

PENYELIDIKAN & INOVASI

Terokai Penyelidikan dan Inovasi bersama UTeM

Lanjut

Masukkan alamat email anda untuk langganan Aktiviti UTeM: