Skip to main content

Sila pilih bahasa anda:

Btn IutemBtn Iutem
Btn MailBtn Mail
Btn DirectoryBtn Directory
Btn ExpertiseBtn Expertise

KERJASAMA INDUSTRI-AKADEMIA DAN PENGLIBATAN KOMUNITI

Kerjasama antara industri dan dunia akademia merupakan antara agenda penting pendidikan negera, tetapi perkara itu merupakan satu topik yang rumit dan kompleks. Adalah diketahui umum bahawa universiti dan syarikat-syarikat dalam perindustrian mempunyai konsep dan idea yang berbeza. Maka beberapa perbincangan strategik perlu dilaksanakan, agar kedua-dua belah pihak boleh meraih faedah bersama. Dalam hubungan ini pihak Universiti memberi tumpuan kepada pendidikan, mewujudkan pengetahuan baharu, dan kecemerlangan dalam pengetahuan sedia ada, manakala syarikat-syarikat menumpukan kepada penguasaan cabaran persekitaran yang berdaya saing dan berusaha untuk kejayaan pasaran.

Sebaik-baiknya, perkongsian yang wujud di antara industri dengan akademia atau institusi penyelidikan yang lain-lain, akan membolehkan industri mendapat maklumat terkini mengenai kemajuan penyelidikan, di samping penemuan penyelidikan berkenaan dapat dimanfaatkan untuk keperluan industri.

Universiti juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan transformasi negara. Dalam hal ini, hubungan komuniti adalah untuk memadankan pengetahuan, kepakaran, kemudahan dan sumber universiti kepada keperluan, aspirasi dan jangkaan masyarakat agar wujudnya satu hubungan yang berterusan diantara universiti dan komuniti.

Terdapat peningkatan harapan daripada universiti untuk melibatkan diri dengan masyarakat melalui amalan dan membuat sumbangan khusus kepada masyarakat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa. Perkara ini penting kepada pihak berkepentingan dan mempunyai pengetahuan serta pakar untuk melaksanakan aktiviti dengan penglibatan masyarakat dalam projek yang berkaitan.

Strategic Partnership With Industries (MoU & MoA)

UTeM Graduate Employability 6 months after Convocation for 2012-2013 (by Faculty)



UTeM Academic Staff and Teaching Engineers with Industry Experience

Pin It

Pautan Pantas


Masukkan Email Anda:

Atas

Hakcipta © 2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta terpelihara.

Ikuti Kami: