• 16298955_1007654102701334_8716970138344564532_n.jpg
  • banner1.jpg
  • IMG-20170223-WA0003.jpg
  • IMG-20170308-WA0035.jpg
  • IMG-20170308-WA0036.jpg
  • P_20170224_111657.jpg
  • P_20170224_113351.jpg
 
 
LATAR BELAKANG IPTK

 


Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK) diluluskan penubuhannya pada 1 Januari 2004 melalui kelulusan surat Jabatan Pengajian Tinggi bertarikh 21 Januari 2004. Sesi Akademik bermula pada Jun 2004/2005 dengan program-program yang ditawarkan pada peringkat pasca ijazah iaitu Sarjana Sains (MSc Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD secara penyelidikan).

Program Msc yang ditawarkan pada masa itu adalah Pembangunan Sumber Manusia, Industri Kaunseling, dan Komunikasi Teknikal. Manakala pada peringkat PhD pula, program yang ditawarkan ialah Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan, R & D Management, Pengurusan Kualiti, Komunikasi Teknikal serta Teknologi Pendidikan dan Latihan.

Bagaimanapun disebabkan oleh pembentukan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), sesi pengajian di IPTK dihentikan buat sementara waktu. IPTK hanya menawarkan program Phd dan Msc apabila institusi ini diaktifkan semula 26 November 2014.

Pada masa ini, program-program akademik yang ditawarkan oleh IPTK adalah kursus-kursus yang tidak dilaksanakan di FPTT. Pengaktifan semula IPTK adalah untuk mengisi dan mengukuhkan sains sosial dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan akademik dan teknikal. Antara program akademik yang ditawarkan di peringkat MSc ialah Pembangunan Sumber Manusia, Industri Kaunseling, dan Komunikasi Teknikal. Manakala di peringkat PhD pula, program-program yang ditawarkan ialah Pembangunan Sumber Manusia, Komunikasi Teknikal, Kaunseling Industri dan Keorganisasian serta Pendidikan Teknikal dan Latihan. IPTK juga merancang menawarkan empat program PhD secara kerja kursus pada masa akan datang.

Justifikasi tindakan IPTK dalam menawarkan program lepasan ijazah adalah berdasarkan daripada beberapa objektif seperti memberi peluang kepada pelajar lepasan ijazah memohon penyelidikan sains sosial dalam bidang kejuruteraan dan ekosistem teknikal serta menyokong aktiviti penyelidikan pelbagai disiplin serta rentas di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM).

Calon-calon yang ingin menyambung pengajian pada peringkat PhD dan MSc perlulah mempunyai ijazah (Sarjana atau Sarjana Muda) yang baik dari UTeM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang telah diiktiraf oleh Senat Universiti yang berkaitan dengan bidang pengajian yang dipohon atau kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah sarjana muda dan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat UTeM.

facebook

Save

Save

Save

Save

044454
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Kesuluruhan
155
160
998
42488
2475
4411
44454