|
Welcome to The Office of Student Affairs & Alumni |
|

The Student Affairs & Alumni Department, formerly known as the Student Affairs Office, was established on 1 September 2001. Today the Student Affairs & Alumni Department have five main divisions which are Administration and Financial, Student Development,Student Services, Student Clinic and Sport Center
| This Department plays an important role in the continuing educational process by engaging in activities which enhance the development of student potential. Thus, the main function of the Student Affairs & Alumni Department is to provide the kind of student development and welfare programmes which are equal to that of other institutions of higher learning in Malaysia. Each unit is developed in line with the Strategic Plan of the University. Furthermore, the Department is responsible for organising programmes for student moral development, ensuring student welfare and managing student involvement programmes that serve to produce graduates of quality and excellence. It also provides activities which help students to enhance their soft skills. PROF. MADYA DR. IZAIDIN TNC HEPA BARU UTeM Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin telah bersetuju melantik Prof. Madya Dr. Izaidin Abdul Majid, 53, sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang pertama untuk tempoh tiga tahun mulai 15 April 2013 sehingga 14 April 2016. Sebelum ini HEPA diterajui oleh Eng. Prof. Marizan Sulaiman sebagai Penolong Naib Canselor HEPA. Prof. Madya Dr. Izaidin anak kelahiran Tronoh Perak, telah memperoleh Ijazah Pertama di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1986 diikuti dengan Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1991 dan seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di universiti yang sama dalam bidang pengurusan pendidikan pada tahun 1997. Beliau telah mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari The Hunter Centre for Entrepreneurship (HCE), Universiti of Strathclyde, Glasgow, UK dalam bidang keusahawanan pada tahun 2006 di samping memperoleh Post Graduate Diploma dalam bidang Research Methodology in Business and Management dari universiti yang sama pada tahun 2005. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di UTeM yang ketika itu dipanggil Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) pada tahun 2001 dan merupakan salah seorang pensyarah yang terawal dalam sejarah penubuhan UTeM pada tahun 2000. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Kemasyarakatan dan Pendidikan Islam di Pusat Perkhidmatan Akademik (PPA) dari tahun 2001 hingga 2002, Timbalan Dekan di Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan (PBPI) dari tahun 2007 hingga 2009, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pasca Siswazah di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) dari tahun 2009 hingga 2010 dan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Pembelajaran Berterusan (PPKPB) dan seterusnya dilantik sebagai TNC HEPA. Kepakaran beliau adalah dalam bidang keusahawanan, justeru itu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melantik beliau sebagai salah seorang Pengurus di Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional bagi membantu pihak KPT merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif dan program berkaitan bidang keusahawanan yang melibatkan IPTA, politeknik dan kolej komuniti seluruh negara. Beliau juga telah banyak menghasilkan buku dan artikel dalam jurnal-jurnal kebangsaan dan antarabangsa di samping terlibat aktif dalam kajian-kajian ilmiah dan penyeliaan kajian pelajar-pelajar pasca siswazah. Beliau berharap dapat menyumbang secara berkesan dalam inisiatif-inisiatif pembangunan sahsiah dan jatidiri pelajar UTeM sambil memberi fokus khusus kepada pembangunan dan penerapan atribut keusahawanan |  |
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA), UTeM MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SEMESTER AKHIR KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA YANG DIADAKAN PADA 10-22 JUN 2013 SEMOGA MENGHADAPINYA DENGAN TABAH DAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG BAGI MASA DEPAN UNTUK MELIHAT KERATAN AKHBAR MENGENAI AKTIVITI DAN PROGRAM PEJABAT HEPA BOLEH MELAYARI DI http://www.utem.edu.my/hepa/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=55&Itemid=90
|