|
Selamat Datang ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni |
|
|
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 September 2001. Setelah itu bertukar nama kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni terbahagi kepada lima bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pembangunan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Pelajar, Bahagian Kesihatan Pelajar dan Bahagian Sukan. Sebagai pelengkap kepada proses pendidikan yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi diri pelajar, Bahagian HEPA memikul tanggungjawab yang penting. Antara peranan utama HEPA ialah memantapkan program pembangunan dan kebajikan pelajar sekurang-kurangnya setanding dengan IPTA lain serta mengukuhkan setiap unit yang telah di tubuhkan di bawah HEPA agar mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik Universiti. Di samping itu, HEPA juga berfungsi sebagai pelaksana program memurnikan pembangunan sahsiah dan jati diri para pelajar, memastikan kebajikan pelajar terpelihara dan menguruskan pengisian program yang dapat disertai oleh pelajar dalam usaha melahirkan graduan yang cemerlang dan berkualiti serta mempunyai soft skill yang mantap. |
|