SELAMAT DATANG KE PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)


MAKLUMAT KORPORAT

Pejabat Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar yang berkaitan kolej kediaman, bantuan kewangan, kebajikan pelajar, tatatertib, kaunseling, kebudayaan, aktiviti sukan dan kemudahan perubatan. Pejabat Hal Ehwal Pelajar menyediakan perkhidmatan bagi menyokong aktiviti pembangunan pelajar, kebajikan, dan sokongan akademik pelajar yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dibahagikan kepada empat (4) bahagian dan dua (2) Pusat iaitu:

  1. Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  2. Bahagian Pembangunan Pelajar
  3. Bahagian Perkhidmatan Pelajar
  4. Bahagian Kebudayaan & Warisan
  5. Pusat Sukan
  6. Pusat Kesihatan

Selain daripada itu, Pejabat Hal Ehwal Pelajar juga bertanggungjawab memperkasakan pembangunan pelajar dan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan serta menjaga kebajikan pelajar. Istimewa bagi para pelajar UTeM ialah penerimaan umum warga UTeM untuk mengutamakan visi universiti iaitu untuk menjadi ‘kreatif dan inovatif’ dalam semua aspek agenda pembangunan pelajar. Tambahan pula visi tersebut telah ditekankan lagi melalui tagline UTeM, ‘Sentiasa Merintis, Sentiasa Menerajui’.

Visi ini hanya mampu direalisasikan dengan sokongan yang padu dan kesungguhan para pelajar dan warga UTeM secara menyeluruh. Lantaran itu, Pejabat Hal Ehwal Pelajar akan terus bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan sahsiah pelajar berteraskan atribut-atribut yang digariskan dalam PPPM 2015-2025 (PT) yang mencakupi aspek-aspek etika dan rohani, kemahiran kepimpinan, identiti kebangsaan, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.

Seiring dengan kemahiran-kemahiran tersebut, attribut-attribut yang positif dan relevan terutamanya yang berkaitan dengan keusahawanan akan terus diutamakan dan diberi tumpuan dalam pelbagai program dan aktiviti pembangunan pelajar yang dianjurkan oleh Pejabat HEP. Ini sejajar dan secara langsung menyokong salah satu tema dalam Pelan Strategik UTeM 2012 – 2020 iaitu “Membentuk Pemimpin Berciri Teknousahawan” yang selari dengan lonjakan 1 PPPM(PT) – Graduan Keushawanan, Holistik dan Seimbang.

Peranan asas Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTeM adalah; i) memperkasakan pembangunan pelajar, dan ii) menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dan menjaga kebajikan pelajar.  Istimewa bagi para pelajar UTeM ialah penerimaan umum warga UTeM untuk mengutamakan visi universiti iaitu untuk menjadi ‘kreatif dan inovatif’ dalam semua aspek agenda pembangunan pelajar.  Tambahan pula visi tersebut telah ditekankan lagi melalui tagline UTeM, ‘Sentiasa Merintis, Sentiasa Menerajui’.

Visi ini hanya mampu direalisasikan dengan syarat mendapat dokongan yang kuat dan kesungguhan para pelajar dan warga UTeM secara menyeluruh.  Lantaran itu, Pejabat Hal Ehwal Pelajar akan terus bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan sahsiah pelajar berteraskan atribut-atribut yang digariskan dalam PPPM 2015-2025 (PT) yang mencakupi aspek-aspek etika dan rohani, kemahiran kepimpinan, identiti kebangsaan, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.  Seiring dengan kemahiran-kemahiran tersebut, attribut-attribut yang positif dan relevan terutamanya yang berkaitan dengan keusahawanan akan terus diutamakan dan diberi tumpuan dalam pelbagai program dan aktiviti pembangunan pelajar yang dianjurkan oleh Pejabat HEP.  Ini sejajar dan secara langsung menyokong salah satu tema dalam Pelan Strategik UTeM 2012 – 2020 iaitu “Membentuk Pemimpin Berciri Teknousahawan” yang selari dengan lonjakan 1 PPPM(PT) – Graduan Keushawanan, Holistik dan Seimbang. 

 

Sekian, Terima kasih.

 

Prof. Dr. Izaidin bin Abdul Majid
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

1115462
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
94
4253
13273
699004
73476
121018
1115462