KEMUDAHAN
  

Terdapat 19 buah bas di UTeM bagi perkhidmatan pengangkutan kepada pelajar dan staf. Perkhidmatan utama yang disediakan ialah perkhidmatan ulang-alik (shuttle bus) dari kolej-kolej kediaman ke Kampus yang beroperasi bermula jam 6.00 pagi hingga 11.15 malam kecuali bagi pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan dimana perkhidmatan shuttle bus bermula jam 6.00 pagi hingga 7.15 malam sepanjang tempoh semester pengajian dijalankan.

Selain itu juga, kemudahan bas disediakan untuk semester khas dan peperiksaan akhir semester. aktiviti atau program pelajar yang berlangsung sepanjang semester terutama pada hujung minggu atau cuti semester.

Perkhidmatan bas UTeM juga turut membantu dalam melancarkan program-program rasmi Universiti. Inilah fungsi unit kenderaan dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada pelajar dan staf UTeM. Ketika ini Unit Kenderaan dikendalikan 2 orang staf dan 20 pemandu.

 

 bas