hepa

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 September 2001 dan terbahagi kepada enam bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pembangunan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Pelajar, Bahagian Kebudayaan dan Warisan, Pusat Kesihatan dan Pusat Sukan.

Sebagai pelengkap kepada proses pendidikan yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi diri pelajar, Pejabat HEP memikul tanggungjawab yang penting. Antara peranan utama Pejabat HEP ialah memantapkan program pembangunan dan kebajikan pelajar sekurang-kurangnya setanding dengan IPTA lain serta mengukuhkan setiap unit yang telah di tubuhkan di bawah HEP agar mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik Universiti.

Di samping itu, HEP juga berfungsi sebagai pelaksana program memurnikan pembangunan sahsiah dan jati diri para pelajar, memastikan kebajikan pelajar terpelihara dan menguruskan pengisian program yang dapat disertai oleh pelajar dalam usaha melahirkan graduan yang cemerlang dan berkualiti serta mempunyai soft skill yang mantap.

logo kpt soaring

0906316
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
856
3676
11491
492126
90341
77912
906316