Where Great Career Begin

Where Great Career Begin

FTK Calender

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday205
mod_vvisit_counterYesterday306
mod_vvisit_counterThis week822
mod_vvisit_counterThis month5103
mod_vvisit_counterAll214072
  • Fakulti Kejuruteraan Teknologi
Home arrow FTK Student
FTK Student
SEMINAR BERSEMPENA LAWATAN PROF. DR. –ING HEINZ SCHMIEDEL Print
1
 

SEMINAR BERSEMPENA LAWATAN PROF. DR. –ING HEINZ SCHMIEDEL


Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Teknologi Kejuruteraan akan menganjurkan Seminar bersempena lawatan Prof. Dr. –Ing Heinz Schmiedel ke FTK seperti ketetapan berikut:

TAJUK : " GERMAN EDUCATION SYSTEM"
TARIKH : 17 OKTOBER 2012 (RABU)
MASA : 11.00 PAGI – 1.00 TGH
TEMPAT : DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Oleh yang demikian, semua pelajar Tahun 2 FTK UTeM diwajibkan menghadiri program cermah ini pada tarikh, masa dan tempat yang telah dinyatakan di atas.

- Inilah peluang untuk mendengar sendiri daripada ahli akademik Jerman, sebuah negara maju dan kaitkan apa yang pelajar lalui di FTK khususnya.

 
Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sempena Pesta Konvo UTeM ke-8. Print
Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sempena Pesta Konvo UTeM ke-8.

Fakulti membuka penyertaan dalam pertandingan tersebut kepada 8 orang pelajar FTK SAHAJA ( 4 orang Tahun 1 dan 4 orang Tahun 2). 

Maklumat lanjut sila berjumpa dengan Ketua Jabatan masing-masing. 

Siapa cepat dia dapat.
 
FTK Student Time Tables, SEM1 2012/2013 Print

 

1


Download page link of FTK Student Time Tables, SEM1 2012/2013. 

JTKE || JTKEK || JTKM || JTKP.

http://www.utem.edu.my/ftk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=57&Itemid=58

 
Tahniah dan Selamat Datang Print

Tahniah dan Selamat Datang kepada Pelajar-pelajar Baru Sesi 2012/2013

 

 

 
PELAJAR FTK UTeM JOHAN KESELURUHAN Print

PELAJAR FTK UTeM JOHAN KESELURUHAN & RANGKUL ANUGERAH KHAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI ‘MAKEWEEKEND’ MELAKA 2012


Penyelidik-penyelidik FTK bersama penyelia, Engr Mohd Farriz Basar.

 

2 

Penyelidik dari FTK UTeM membentangkan hasik produk inovasi mereka, “Motorcycle Safety Box (SABOX)” pada Make Weekend peringkat negeri Melaka baru-baru ini.

 

3

Wong Lin Ten membentangkan hasil inovasi beliau, “Harnessing Solar Power Using Peltier Cell” kepada para juri.


Pelajar tahun pertama dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), terus mengharumkan nama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) apabila sekali lagi berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan Inovasi dan buat kali ini kejayaan ditempa pada pertandingan Inovasi “MakeWeekend” peringkat Negeri Melaka yang berlangsung baru-baru ini  bertempat di Fakulti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (FTMK), UTeM.

MakeWeekend peringkat Negeri Melaka baru-baru ini telah menarik sejumlah 70 penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Negeri Melaka. Menariknya format pertandingan inovasi ini memerlukan para peserta menyiapkan prototaip inovasi masing-masing dalam tempoh 48 jam sebelum dibentangkan dan diberikan markah oleh para juri.

Sentuhan inovasi menerusi pelajar FTK UTeM yang terdiri daripada Muhammad Zulhilmi bin Mohd Hanafi, Muhammad Syukri bin Abd Rahman dan Nik Fadhil bin Nik Wahid melalui hasil produk inovasi mereka yang dinamakan “Motorcycle Safety Box (SABOX)” telah berjaya merangkul gelaran State Innovation Winner 2012 (Melaka), selaku johan keseluruhan pada pertandingan tersebut.

Engr Mohd Farriz Basar, yang bertindak selaku penyelia kepada penyelidik-penyelidik FTK berkata, menerusi hasil inovasi pelajar-pelajar tersebut mereka hadir dengan idea untuk merekabentuk semula kotak penyimpanan barang yang biasa dipasang pada motosikal dengan menggunakan LED sebagai lampu isyarat untuk membelok dan membrek.

“Ini sebagai tambahan atau lampu ketiga kepada lampu isyarat yang telah sedia ada pada motosikal yang kemungkinan rosak mahupun terlindung selepas pemasangan kotak penyimpanan barang dibuat”.

“Hasil inovasi ini juga diyakini akan dapat mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan penunggang-penunggang motosikal di Malaysia kerana selepas ini pengguna jalan raya yang lain akan lebih peka tentang kehadiran penunggang motosikal terutama ketika membelok atau membrek” jelas beliau.

Tambah beliau menerusi pentas pertandingan ini juga, seorang lagi pelajar FTK iaitu Wong Lin Ten dengan pertaruhan hasil inovasi beliau, “Harnessing Solar Power Using Peltier Cell” telah berjaya mendapat undian yang tertinggi daripada para peserta pertandingan sekaligus melayakkan beliau memenangi anugerah khas, People’s Choice Award 2012.

“Pelajar ini telah berjaya mengenengahkan satu konsep yang baru dalam bidang tenagaketerbaharuan yang mana menukarkan haba pada permukaan jalan raya yang panas kepada bentuk tenaga elektrik menggunakan Peltier Cell yang dihasilkan dari bahan silicon” kata beliau.

Dekan FTK UTeM, Prof. Madya Mohd Rahimi Yusoff pula memuji kesungguhan dan kegigihan yang ditunjukkan oleh para peserta, walaupun pertandingan ini dilangsungkan pada bulan Ramadan, namun mereka tetap berjaya untuk menghasilkan satu prototaip yang hebat dalam masa 48 jam.

”Produk “Motorcycle Safety Box (SABOX)” seterusnya akan di bawa untuk ke pertandingan sama, selaku wakil Negeri Melaka pada peringkat kebangsaan yang mana bakal berlangsung pada November 2012 nanti” jelas beliau.

Mereka yang layak pada MakeWeekend peringkat kebangsaan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000.00

 
 
Joomla Templates by Joomlashack