bangunanhijau

Selamat datang ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal! Fakulti ini ditubuhkan pada Jun 2001 dan terdiri daripada empat Jabatan teknikal-Jabatan Termal-Bendalir, Jabatan Struktur Bahan, Jabatan Reka bentuk & Inovasi dan Jabatan Automotif. Matlamat kami adalah untuk menjadi fakulti yang ideal, dinamik dan inovatif dan juga menghasilkan graduan Kejuruteraan Mekanikal yang mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang baik dalam bidang masing-masing.

Kami mempunyai lebih 100 staf akademik sepenuh masa, pensyarah kontrak dan staf sokongan teknikal bagi memenuhi keperluan komuniti pelajar. Objektif kami adalah untuk menawarkan program akademik yang berkualiti tinggi dengan melaksanakan pendidikan berasaskan hasil (OBE) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal selaras dengan keperluan industri semasa. Kami juga sentiasa menghasilkan graduan yang kompeten yang mempunyai keupayaan untuk berfikir secara kritikal, berinnovasi dan mampu untuk menyelesaikan permasalahan di dalam memenuhi keperluan modal insan.

kami menyampaikan satu rangkaian yang meluas untuk pelbagai kerja kursus pelajar ijazah pertama dan pasca siswazah program juga. Untuk menyokong keperluan ini, Fakulti telah menggubal kerja makmal untuk menambahbaikkan pemahaman teori yang diajarkan semasa kuliah. Aktiviti-aktiviti telah dirangka untuk pelajar-pelajar supaya ia tidak akan hanya memberi pemahaman yang lebih baik daripada konsep-konsep yang dipelajari tetapi juga kemahiran mengendali peralatan dan menyelesaikan masalah yang diberikan.