Selamat Datang

Selamat Datang ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

Welcome to Faculty of Electrical Engineering (FKE). 

 

 

Where Great Career Begin

Where Great Career Begin

Laman Utama arrow Jabatan arrow Kuasa Industri
Jabatan Kuasa Industri PDF Cetak

 

SIAPAKAH KAMI

 

“Bidang kuasa yang keceluruhannya sentiasa berkembang sentiasa kekurangan jurutera kuasa elektrik dan kerana itu ia merupakan satu prospek jangka panjang yang sangat baik.”

David Rayworth, London Power Associates

 Image

Fakulti Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka ditubuhkan pada awal tahun 2001. Fakulti ini secara rasmi beroperasi pada 22 Jun 2001 selepas mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada 3 Mei 2005, fakulti telah berpindah daripada kampus sementara di Taman Tasik Utama, Air Keroh, Melaka ke kampus induk di mukim Durian Tunggal, Melaka.

 

Sebagai antara jabatan yang paling lama di fakulti, jabatan ini sentiasa menekankan kepada kecemerlangan akademik melalui pengajian teori dan praktikal yang berkualiti dalam bidang kejuruteraan elektrik. Dengan kombinasi pensyarah yang datang daripada pelbagai kemahiran dan jurutera pengajar yang pengalaman serta makmal yang lengkap dengan alatan, melahirkan graduan yang amat diperlukan oleh sektor industri dimana amat mementingkan kemahiran teknikal dan praktikal. Seterusnya bagi memenuhi kepentingan bidang kejuruteraan elektrik, fakulti ini juga mempunyai tiga lagi jabatan:, Jabatan Elektronik Kuasa dan Pemacu, Jabatan Kawalan, Instrumentasi dan Automasi, dan Jabatan Mekatronik, dimana setiap satu mempunyai pengkhususan masing-masing.

 

KUASA adalah sinonim dengan penambahbaikan, pembangunan dan kecekapan bagi sistem transmisi kuasa, penangkap kilat dan pengurusan tenaga di Malaysia. Ahli akademik di jabatan KUASA sangat aktif dalam menghasilkan dan membentangkan kertas-kertas untuk jurnal dan persidangan, samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Jabatan kami menawarkan peluang menarik dan mencabar serta masa depan yang terjamin kepada sesiapa yang bersedia menyahut cabaran global. Kombinasi antara pensyarah, jurutera pengajar dan tutor daripada pelbagai bidang adalah penting demi melahirkan graduan yang mempunyai kopetensi dalam ilmu akademik dan teknikal sebelum mereka melangkah masuk ke industri.

 

MOTO KAMI

 

KEARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

 

MISI KAMI

Misi kami adalah untuk melahirkan ahli akademik dan profesional yang bersahsiah murni, kompeten dan berketerampilan tinggi melalui pendidikan universiti teknikal berkualiti dan bertaraf dunia berteraskan pengajaran, pembelajaran dan pendidikan berorientasikan aplikasi serta perkonsian pintar universiti-industri sejajar dengan aspirasi negara.

 

 

OBJEKTIF KAMI

1.         Mengendalikan program-program akademik yang diiktiraf oleh badan profesional dan bertaraf global.

2.         Mengeluarkan ahli profesional yang kompeten dan bertanggungjawab.

3.         Mewujudkan program akademik yang seimbang antara teori dan praktikal serta beroriantasikan “amalan dan aplikasi”.

4.         Meningkatkan perkonsian pintar antara fakulti – industri menerusi aktiviti perundingan, penyelidikan dan perkhidmatan.

5.         Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

6.         Membina insan berilmu, berketrampilan berwawasan dan bersahsiah murni.

7.         Mewujudkan budaya penulisan dan penerbitan ilmiah di kalangan akademik.

 

Image 

 

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)

Kursus ini member penekanan kepada system tenaga elektrik dimana melibatkan penjanaan, penghantaran, pengagihan kuasa, perlindungan kuasa, apikasi tenaga, pengurusan beban, dan prosedur bagi peraturan untuk tenaga elektrik.

 

Ianya juga mengandungi pengenalan terhadap komponen elektrik seperti pemutus litar, pengatur, dan lain-lain. Kursus ini membolehkan pelajar meningkatkan kelulusan yang tertentu dan kemahiran, menjalankan penyelidikan yang spesifik dan ini penting untuk sesiapa yang ingin menceburi bidang akademik sepertimana juga industri.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik menawarkan kursus  berbentuk pengajaran untuk bidang kuasa industri dimana ia mengandungi modul-modul berkaitan industri bagi mememenuhi kehendak industri.

 

Jabatan Kuasa Industri menyediakan 7 buah makmal dan 1 bengkel yang mampu memudahkan keperluan jangka masa panjang program yang ditawarkan oleh fakulti. Makmal-makmal tersebut adalah:

1.         Sistem Kuasa 1

2.         Sistem Kuasa 2

3.         Perlindungan Sistem Kuasa

4.         Kecekapan Tenaga

5.         Teknologi Elektrik

6.         Penjanaan dan Penghantaran

7.         Voltan Tinggi

8.         Bengkel Kuasa Industri

 

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) mengandungi koleksi subjek dengan jumlah jam kredit sehingga 130.

 

A. Dua  modul wajib universiti dengan 36 jam kredit minimum:

•          Komunikasi Teknikal 1

•          Aljabar Linear

•          Matematik Kejuruteraan

•          Pengaturcaraan Komputer

•          Komunikasi Teknikal 2

•          Persamaan Pembezaan

•          Falsafah Sains dan Teknologi

•          Kaedah Berangka

•          Kokurikulum

•          Kemahiran Berkomukasi

•          TITAS 1

•          Statistik

•          TITAS 2

•          Pembangunan Sosio Ekonomi

•          Pengurusan Projek

•          Keusahawanan dan Skil Perniagaan Baru

 

B. Ditambah empat modul program wajib dengan 58 jam kredit minimum :

•          Elektronik Digit dan Sistem

•          Peranti Elektronik

•          Litar Elektrik 1

•          Elektronik Analog

•          Pengukuran dan Instrumentasi

•          Etika Kejuruteraan

•          Sistem kawalan

•          Litar Elektrik 2

•          Mesin Elektrik

•          Termodinamik

•          Prinsip Perhubungan

•          Mikropemproses

•          Kejuruteraan Sistem Kawalan

•          Elektronik Kuasa

•          Latihan Industri

•          Etika Kejuruteraan

 

C. Ditambah empat program wajib modul dengan 30 jam kredit minimum :

•          Teknologi Elektrik

•          Teori Elektromagnetik

•          Penghantaran Kuasa

•          Kecekapan Tenaga

•          Perlindungan Sistem Kuasa

•          Analisis Sistem Kuasa

•          Kejuruteraan Voltan Tinggi

•          Rekabentuk Sistem Pengagihan

 

Ditambah 6 jam kredit pengukuhan untuk Projek Sarjana Muda:

•          Projek Sarjana Muda 1 & 2

 

Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) akan disempurnakan dalam 4 tahun minimum iaitu dengan 8 semester.

 

Semester

Jumlah Modul / Projek

 Jam Kredit

1

6

17

2

6

17

Semester Khas

1

4

3

6

16

4

7

18

5

7

17

Latihan Industri

1

12

7

6

15

8

5

14

Jumlah (A+B+C)

39

130

 

Jumlah Yuran Pengajian : RM 12,720

Sarjana

Bidang utama penyelidikan adalah :

•          Perancangan, operasi dan pengurusan sistem kuasa

•          Kawalan dan perlindungan sistem kuasa

•          Memodelkan dan simlasi bagi rangkaian kuasa elektrik lanjutan

•          Keboleh lanjutan dan perbaharuan bagi penjanaaan tenaga dan integrasi

•          Sekuriti sistem kuasa dan analisis kestabilan

•          Analisis dinamik sistem kuasa

•          Sistem penghantaran AU bolehubah

•          Pengagihan dan penjanaan

•          Kawalan keselamatan dan pemulihan sistem kuasa

•          Elektronik Kuasa

•          Ekonomi sistem kuasa        

 

Peluang Kerjaya

Permintaan untuk jurutera elektrik telah meningkat setiap tahun dalam seluruh sektor industri. Umumnya graduan kuasa industri akan terlibat dalam industri elektrikal sepertimana dinyatakan di bawah :

•          Pembekal dan penghasilan tenaga elektrik (TNB dan IPP)

•          Sistem kominikasi dan kawalan (TM, CELCOM, MAXIS, Media dll)

•          Pembuatan komponen dan alatan (Texas Inst., Intel, Motorola, Toyota dll)

•          Penyelidikan dan pembangunan (SIRIM, MIMOS, Universities, TNBR, dll)

•          Komputer dan kawalan (IBM , HP dll)

•          Perundingan & pembinaan (Firma perundingan)

•          Pengajian dan latihan (Universiti, Politeknik dan Kolej) 

 

 
 
Joomla Templates by Joomlashack