Selamat Datang

Selamat Datang ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

Welcome to Faculty of Electrical Engineering (FKE). 

 

 

Where Great Career Begin

Where Great Career Begin

Program BEKM PDF Cetak

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKATRONIK - BEKM

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik merupakan kombinasi sinergistik beberapa disiplin kejuruteraan iaitu elektronik, mekanikal, kawalan, komputer dan rekabentuk sistem. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang yang kompeten dalam mencipta, merekabentuk dan menghasilkan produk mekatronik yang terdiri daripada sistem mekanikal dan elektronik yang memerlukan kawalan menggunakan sistem komputer.

Pengendalian Kursus

Kursus ini akan memakan masa empat (4) tahun minimum dan melibatkan sekurang-kurangnya 139 jam kredit.
Penekanan akan ditumpukan kepada pengetahuan Kejuruteraan Mekatronik dengan bersandarkan pecahan komposisi berikut;

 

Jam Kredit
Peratusan
Kursus Wajib Universiti
22-23
16%-17%

Teras Program

Kejuruteraan (96)

Pengaturcaraan & Matematik (15)   

111
80%

Teras Kursus & Elektif

6
4%

Kursus ini juga akan dijalankan dengan lebih kurang 80% dari jam pertemuan melibatkan penekanan teori dan selebihnya, 20% jam pertemuan melibatkan amali / ujikaji makmal, pembelajaran berbantu komputer, dan Problem Based Learning (PBL). Kursus ini juga menggalakkan aktiviti pembelajaran aktif dan kooperatif selain menjalankan tugasan, kerja bengkel, latihan industri dan membuat satu projek tahun akhir yang berlandaskan penyelesaian masalah industri.

Peluang Kerjaya Graduan

Kekosongan dalam industri untuk jurutera yang berteraskan kemahiran dan praktikal seperti mana bakal dikeluarkan oleh  UTeM telah sekian lama tidak terisi. Ramai tenaga kerja yang terlatih dalam semua bidang kejuruteraan yang merangkumi Kuasa Industri, Kawalan, Instrumentasi dan Automasi, Elektronik Kuasa & Pemacu dan Mekatronik  di peringkat  ikhtisas diperlukan.  Peluang pekerjaan bagi graduan UTeM dalam bidang ini akan lebih menyerlah apabila mereka telah dipersiapkan dengan pengetahuan teknikal serta memiliki kemahiran praktikal yang kukuh.

Bidang kerja untuk graduan lepasan Diploma, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik meliputi pelbagai bidang termasuklah:

  • Industri pembuatan semikonduktor,
  • Perkilangan barangan elektrik,
  • Pembuatan komponen voltan tinggi & rendah,
  • Bidang tenaga diperbaharui,
  • Industri minyak & gas,
  • Firma-firma perunding,
  • Industri berteknologi tinggi seperti industri angkasa lepas,
  • Industri pembuatan sistem automasi
  • Firma-firma kejuruteraan bioperubatan,
  • Sektor pembangunan perisian,
  • Badan penyelidikan & pembangunan.
Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi termasuk sebagai jurutera / pembantu jurutera bagi bidang proses dan pembuatan, rekabentuk dan penyelidikan, pengujian dan kualiti, sistem serta sebagai ahli akademik.

 

Struktur Kurikulum
Penerangan Matapelajaran Program Sarjana Muda
Syarat Kemasukan

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 07 July 2011 )
 
 
Joomla Templates by Joomlashack