Selamat Datang

Selamat Datang ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

Welcome to Faculty of Electrical Engineering (FKE). 

 

 

Where Great Career Begin

Where Great Career Begin

Aktiviti Terkini

Tiada aktiviti yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini
Papar Kalendar Penuh
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini242
mod_vvisit_counterSemalam704
mod_vvisit_counterMinggu Ini1662
mod_vvisit_counterBulan Ini242
mod_vvisit_counterKeseluruhan1068008
Syarat-Syarat Kemasukan Program Diploma dan Sarjana Muda PDF Cetak

SYARAT KEMASUKAN

PROGRAM SARJANA MUDA

*BAGI LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai
dan
Mempunyai kelulusan Diploma atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA

atau

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya ;

  • Gred C (PNGK 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan
  • Gred C (PNGK 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2009 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
dan
Mendapat sekurang-kurang Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Khas Program

Memenuhi Syarat Am Universiti

Lulus Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan dari institusi-institusi yang diiktiraf serta mendapat kelulusan Senat Universiti dan

Pengecualian kredit tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Fakulti dan

Telah lulus/tamat pengajian diperingkat diploma sebelum bermulanya sesi pengajian atau

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam setiap mata pelajaran berikut;

  • Pengajian Am
  • Matematik T/ Matematik Lanjutan T/ Matematik S
  • Kimia
  • Fizik / Biologi

Calon yang tidak mengambil matapelajaran Fizik di peringkat STPM, perlu  mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Fizik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi KPM/Asasi UM/Asasi UiTM tahun 2009 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam setiap matapelajaran berikut;

  • Matematik / Matematik Kejuruteraan
  • Kimia / Kimia Kejuruteraan
  • Fizik / Fizik Kejuruteraan / Biologi

Calon yang tidak mengambil mata pelajaran Fizik/ Fizik Kejuruteraan di peringkat Matrikulasi/Asasi, perlu  mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam matapelajaran Fizik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan

Calon tidak rabun / buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

*BAGI LEPASAN MATRIKULASI

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai; dan

Lulus Matrikulasi KPM/Matrikulasi Teknikal / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Khas Program

Memenuhi Syarat Am Universiti

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) pada peringkat Matrikulasi KPM / Matrikulasi Teknikal / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dalam setiap matapelajaran berikut:-

  • Matematik / Matematik Kejuruteraan
  • Kimia / Kimia Kejuruteraan / Sains Kejuruteraan
  • Fizik / Fizik Kejuruteraan / Biologi / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

dan
Calon yang tidak mengambil mata pelajaran Fizik di peringkat Matrikulasi perlu  mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Fizik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
dan

Calon tidak rabun / buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

*BAGI LEPASAN STPM

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai;
 
Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (PNGK 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan
  • Gred C (PNGK 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, dan

Mendapat sekurang-kurang Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Khas Program

Memenuhi Syarat Am Universiti

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam setiap matapelajaran berikut :

  • Matematik T/ Matematik Lanjutan T/ Matematik S
  • Kimia
  • Fizik / Biologi

dan

Calon yang tidak mengambil matapelajaran Fizik di peringkat STPM, perlu mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam matapelajaran Fizik diperingkat SPM

dan

Calon tidak rabun / buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja.

 

PROGRAM DIPLOMA

 BAGI LEPASAN SPM


Syarat Am Universiti

Warganegara Malaysia ; dan

Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Syarat Khas Program

1. Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian (Gred C) dalam setiap matapelajaran berikut :-

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik

Dan salah satu (1) dari matapelajaran berikut:

  • Kimia
  • Biologi
  • Sains
  • Sains Tambahan / Sains Gunaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Prinsip Elektrik dan Elektronik
  • Aplikasi Elektrik dan Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pemesinan Berkomputer
  • Automotif Elektrik dan Disel 
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pendidikan Seni Visual / Reka Cipta 

dan
2. Lulus sekurang-kurangnya (Gred E) dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, dan
3. Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 07 July 2011 )
 
 
Joomla Templates by Joomlashack