Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) merupakan antara komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan seterusnya menjadikan bahasa Melayu kekal sebagai wahana pembangunan ilmu, penyampaian maklumat dan komunikasi di Malaysia. Anugerah ini selaras dengan matlamat dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 2016 hingga 2020.

Ia merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf ahli akademik di UA yang memperlihatkan pencapaian cemerlang dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mencakupi pelbagai bidang meliputi sumbangan cemerlang ahli akademik dalam mengembang dan mengguna bahasa Melayu sebagai wahana penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan khidmat ikhtisas kepada masyarakat

Sukacita dimaklumkan, permohonan telah dibuka secara rasmi mulai 5 April 2018 (Khamis) hingga 23 Julai 2017 (Isnin). Selaras dengan itu, semua ahli akademik adalah dialu-alukan untuk memohon tertakluk kepada syarat dan peraturan permohonan. Maklumat terperinci mengenai permohonan ATABM 2018 boleh dicapai melalui pautan http://www.mohe.gov.my/atabm.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: