|

Canselori diwujudkan pada 1 Disember 2010 seiring dengan penubuhan Kolej Universiti Teknikal Malaysia Melaka (KUTKM). Selepas melalui proses penstrukturan semula pada 1 Februari 2007, nama KUTKM telah ditukar kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Pada peringkat awal penubuhannya, Canselori beroperasi di Kampus Industri, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, 75450 Melaka dan pada tahun 2008, UTeM mula beroperasi di Kampus Induk, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal, 76100 Melaka. Canselori merupakan pusat tanggungjawab yang terpenting dalam menjana pentadbiran sesebuah universiti. Perkembangan pesat universiti menuntut Canselori untuk memberi sepenuh komitmen dan dedikasi dalam perkhidmatan yang disediakan. Hal ini selaras dengan visi dan misi universiti untuk menjadi Universiti Teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia seterusnya melahirkan ahli profesional yang bersahsiah murni, kompeten dan berketrampilan tinggi melalui pendidikan Universiti Teknikal berkualiti dan bertaraf dunia berteraskan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan berorientasikan aplikasi dengan perkongsian pintar Universiti-Industri bertepatan dengan Aspirasi Negara. Terdapat dua belas Pejabat/Pusat/Unit yang diwujudkan di bawah Canselori. Setiap Pejabat/Pusat/Unit memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam memastikan urusan pentadbiran dan pengurusan universiti berada di tahap optimum. Pejabat/Pusat/Unit tersebut adalah:- 1. Pejabat Naib Canselor 2. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 3. Pejabat Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan & Inovasi) 4. Pejabat Khidmat Pengurusan 5. Pejabat Perancangan dan Komunikasi Korporat 6. Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik 7. Pejabat Antarabangsa 8. Pejabat Hal Ehwal Perundangan 9. Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat 10. Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 11. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) 12. Unit Audit Dalam *Pada 1 Februari 2007 penstrukturan semula telah dijalankan dan nama KUTKM ditukarkan kepada UTeM. |