• Banner-KT.jpg
  • bannerBM.jpg
  • berubah.jpg
  • Hari-Malaysia.jpg
  • Merdeka60.jpg
  • NEW-STUDENT-2017.jpg

 

لسلام عليكم و رحمة الله وبركاته / Salam Sejahtera,

YBhg Prof. Datuk /Tuan/Puan,

PENYEDIAAN DAN PENGHANTARAN PERANCANGAN PEROLEHAN TAHUNAN (PEROLEHAN TAHUN 2018) BAGI PEROLEHAN YANG MENGGUNAKAN PERUNTUKAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2017 adalah berkaitan.


2. Merujuk Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2017 yang dikeluarkan pada 25 Januari 2017, PTj dikehendaki menyediakan maklumat perancangan tersebut kepada Unit Perolehan Pejabat Bendahari SEBELUM ATAU PADA 10 JANUARI SETIAP TAHUN. Surat Pekeliling ini selaras dengan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PK 1 – Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan, Agensi adalah bertanggungjawab untuk menyediakan Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) masing-masing selaras dengan prinsip amalan tadbir urus yang baik.


3. Rentetan itu, surat ini adalah untuk memaklumkan kepada semua PTj untuk menyediakan Perancangan Perolehan Tahunan bagi tahun 2018 untuk semua perolehan yang menggunakan peruntukan Universiti (KW01, KW02, KW03, KW04, KW07, KW08 dan KW09).

4. Sehubungan dengan itu, dimohon semua PTj dapat menyediakan maklumat Perancangan Perolehan Tahunan dan menghantar maklumat berkenaan kepada Unit Perolehan, Pejabat Bendahari UTeM dalam bentuk “softcopy” (format MS Excel) melalui e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. SEBELUM ATAU PADA 5 JANUARI 2018. Proses Aliran Kerja Penyediaan Perancangan Perolehan PTj dan format PPT adalah seperti di LAMPIRAN B.


5. Untuk makluman PTj boleh membuat PINDAAN KE ATAS PERANCANGAN PEROLEHAN TAHUNAN PADA 10 MAC, 10 JUN DAN 10 SEPTEMBER SETIAP TAHUN. Sebarang PINDAAN BERKENAAN PERLU DIKEMUKAKAN DALAM BENTUK “SOFTCOPY” (format MS Excel) melalui e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. kepada Unit Perolehan, Pejabat Bendahari UTeM.Sekian untuk tindakan dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan. Terima Kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”